Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Isu perkauman ‘dera’ Vinicius Jr dari terus main bola

Mar 26, 2024 | 01:55 PM



MADRID: Pemain sayap Brazil, Vinicius Jr, berkata keinginan beliau untuk bermain bola sepak semakin “berkurangan” akibat mengalami penderaan perkauman yang berulang.


Pada musim lalu, terdapat sebanyak 10 insiden seumpama itu berlaku terhadap pemain berusia 23 tahun tersebut yang dilaporkan oleh La Liga kepada pendakwa raya.

Semasa sidang akhbar yang penuh emosi pada 25 Mac, Vinicius menambah beliau enggan dipaksa meninggalkan Real Madrid dan Sepanyol disebabkan penderaan perkauman dialaminya.

Namun, Vinicius berkata adalah “sukar untuknya menuju ke hadapan dan melupakan” penderaan itu.

Brazil menentang Sepanyol dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Santiago Bernabeu di Madrid pada 27 Mac sebagai sebahagian kempen antiperkauman di bawah slogan ‘One skin (Satu kulit)‘.

Vinicius berkata: “Ia tidak pernah terlintas di fikiran saya (untuk meninggalkan Sepanyol) kerana jika saya meninggalkan Sepanyol, saya memberikan orang yang bersifat perkauman apa yang mereka mahukan.

“Saya tidak akan meninggalkan Sepanyol kerana dengan cara itu, orang yang bersifat perkauman dapat terus melihat wajah saya lebih banyak lagi.

“Saya seorang pemain yang berani, saya bermain untuk Real Madrid dan kami memenangi banyak kejuaraan, jadi ramai tidak suka kami.

“Saya hanya mahu bermain bola sepak tetapi ia sukar untuk saya menuju ke hadapan. Keinginan saya untuk bermain bola semakin kurang.”

Minggu lalu, Real Madrid mengajukan aduan terhadap pengadil Juan Martinez Munuera, yang mengadili perlawanan mereka menentang Osasuna, kerana mengetepikan dakwaan penderaan perkauman terhadap Vinicius daripada laporan perlawanannya.

Osasuna menafikan terdapat sebarang laungan perkauman daripada peminat mereka.

Vinicius telah mengalami banyak kejadian yang melibatkan penderaan perkauman dalam beberapa musim kebelakangan ini. Ini termasuk kemenangan ‘derby’ Real ke atas Atletico pada September 2022.

Pada Jun 2023, empat lelaki didenda 60,001 euro ($87,491) dan dilarang masuk stadium selama dua tahun kerana menggantung patung Vinicius berhampiran tempat latihan Real pada Januari 2023.

Tiga orang lagi didenda 5,000 euro dan dilarang masuk stadium selama setahun kerana menunjukkan isyarat perkauman semasa perlawanan Real di Valencia pada Mei 2023.

Musim ini terdapat laporan mengenai penderaan perkauman terhadap Vinicius ketika Real bermain di Sevilla pada Oktober 2023, di Barcelona pada minggu berikutnya, serta di Valencia pada awal Mac 2024. Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >