Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ivory Coast tundukkan juara bertahan Senegal

Jan 30, 2024 | 2:24 PM
Pemain Ivory Coast Christian Kouame dan Serge Aurier meraikan gol selepas menewaskan Senegal 5-4 melalui sepakan penalti dalam Piala Negara-Negara Afrika pada 29 Januari.
Pemain Ivory Coast Christian Kouame dan Serge Aurier meraikan gol selepas menewaskan Senegal 5-4 melalui sepakan penalti dalam Piala Negara-Negara Afrika pada 29 Januari. - Foto AFP

YAMOUSSOUKRO (Ivory Coast): Juara bertahan Piala Negara-Negara Afrika, Senegal, tersingkir daripada kejohanan itu setelah tewas kepada tuan rumah Ivory Coast 4-5 menerusi sepakan penalti dalam perlawanan kalah mati pada 29 Januari.

Dalam perlawanan yang penuh mendebarkan itu, keputusan perlawanan selepas masa tambahan masih terikat 1-1 dan mengheret kedua-dua pasukan kepada tendangan penalti.

Malangnya, tendangan pemain pertahanan Senegal, Moussa Niakhate, tersasar dan terkena palang – sekali gus meranapkan harapan pasukan itu melangkah ke pusingan seterusnya.

Senegal memulakan perlawanan dengan asakan pantas dan mendahului perlawanan dalam minit keempat setelah hantaran lintang Sadio Mane disempurnakan Habib Diallo.

Ivory Coast kemudian menggandakan serangan untuk mencari gol penyamaan dan dianugerahkan penalti pada lewat perlawanan – yang disempurnakan Franck Kessie.

Pasukan tuan rumah hampir tersingkir daripada Kumpulan A menyusuli kekalahan 0-4 di tangan Equatorial Guinea dalam perlawanan sebelum ini dan 0-1 di tangan Nigeria.

Berikutan kekalahan berturut-turut itu, jurulatih sebelum ini, Jean-Louis Gasset, dipecat dan digantikan oleh penolong jurulatih, Emerse Fae.

Tuah menyebelahi Ivory Coast selepas keputusan dalam perlawanan lain berpihak kepada pasukan itu.

Penyerang Ivory Coast, Sebastien Haller, berkata: “Beberapa hari terakhir adalah sukar buat kami dan ia sangat emosi.

“Kami telah membuka pintu dan memberi peluang kepada diri kami. Kami kini boleh lupakan apa yang berlaku dalam peringkat kumpulan.”

Senegal barangkali menyangka ia sepatutnya mendapat tendangan penalti pada separuh masa kedua setelah Ismaila Sarr dikasari dalam kotak penalti.

Namun pengadil perlawanan memutuskan sebaliknya kerana kekasaran ke atas Sarr diterima.

Ivory Coast akan berdepan dengan pemenang perlawanan antara Mali dan Burkina Faso – yang akan berlangsung pada 30 Januari – dalam peringkat suku akhir pada 3 Februari kelak. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg