Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kecederaan Salah lebih teruk dari dijangka

Jan 23, 2024 | 3:56 PM
LAMBAT PULIH: Penyerang Mesir, Mohamed Salah, hanya dapat melihat pasukannya berlatih dan bersiap untuk perlawanan  menentang Cape Verde. Salah dijangka hanya dapat menyertai pasukannya semula jika Mesir mara ke separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika 2023.
LAMBAT PULIH: Penyerang Mesir, Mohamed Salah, hanya dapat melihat pasukannya berlatih dan bersiap untuk perlawanan menentang Cape Verde. Salah dijangka hanya dapat menyertai pasukannya semula jika Mesir mara ke separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika 2023. - Foto AFP

ABIDJAN: Pengurus Mesir, Rui Vitoria, pada 22 Januari mengesahkan bahawa kecederaan hamstring yang dialami oleh kapten Mohamed Salah di Piala Negara-Negara Afrika 2023 (Afcon) memerlukan lebih banyak masa untuk pulih daripada yang dijangka.

Salah sedang membuat persiapan untuk pulang ke Liverpool bagi menjalani rawatan.

Persatuan Bola Sepak Mesir mengumumkan pada 21 Januari bahawa Salah akan pulang ke England untuk meneruskan proses pemulihan daripada kecederaan yang dialaminya semasa perlawanan seri 2-2 menentang Ghana di Ivory Coast.

Sebelum ini, Salah dijangka tidak boleh bermain hanya dua perlawanan. Kini, pemain berusia 31 tahun itu diharap akan kembali bagi peringkat separuh akhir, jika Mesir berjaya ke peringkat itu.

Sumber pasukan Mesir berkata mereka jangka Salah tidak boleh bermain selama 10 hingga 14 hari.

Sebelum ini, ejen Salah menimbulkan keraguan tentang ramalan tersebut melalui satu pos X pada Januari 22, sebelum perlawanan kumpulan terakhir Mesir menentang Cape Verde.

“Kecederaan Mohamed Salah lebih parah daripada apa yang kita jangka dan beliau tidak dapat bermain selama 21-28 hari, dan bukan hanya dua perlawanan,” kata Ramy Abbas Issa di X.

Menurutnya, peluang terbaik bagi Salah menyertai semula Afcon ialah dengan melalui rawatan rapi di Britain dan menyertai pasukannya semula sebaik sahaja beliau bersedia.

Selepas perlawanan Mesir menentang Cape Verde yang berakhir 2-2, Rui Victoria berkata: “Saya ingin mengambil peluang ini untuk menjelaskan keadaan.

“Mohamed Salah mengalami kecederaan. Kita dapat tahu sebelum perlawanan ini bahawa ia akan mengambil masa lebih lama dari apa yang kami jangka, justeru kita perlu memberi beliau lebih masa untuk pulih sebelum dapat bermain semula.” – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg