Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ATLET DALAM TUMPUAN

Jaguh tanpa trofi di Spurs, Kane cuba nasib ke Bayern

Aug 14, 2023 | 04:43 PM



LONDON: Liga Perdana England (EPL) kehilangan salah seorang penjaring gol terhebat mereka menyusuli pemindahan Harry Kane dari Tottenham Hotspur ke kelab profesional Jerman, Bayern Munich, dengan bayaran lebih 110 juta Euro ($163 juta).


Penjaring gol profilik itu telah menjaringkan 213 gol dalam 320 penampilan dalam EPL.

Beliau di tempat kedua senarai penjaring paling menyengat Liga Perdana sepanjang masa, di belakang Alan Shearer, yang menyumbang 260 gol.

Kane merupakan salah seorang daripada 34 pemain yang menjaringkan lebih 100 gol dalam EPL dan adalah salah seorang daripada hanya tiga pemain yang menjaringkan lebih 200 gol.

Kane di belakang Alan Shearer, di dalam senarai penjaring terbanyak Liga Perdana sepanjang masa, lebih lima gol berbanding Wayne Rooney.

Bagaimanapun, Kane berada di tempat pertama bagi pemain yang menjaringkan gol terbanyak untuk satu pasukan, mengatasi Sergio Aguero dan Rooney.

Kane benar-benar menyerlah dalam kepantasannya menjaringkan jumlah golnya, dengan nisbah 0.67 setiap permainan setanding hanya oleh Aguero dan hanya di belakang Thierry Henry (yang mempunyai nisbah 0.68 setiap permainan)

Jikalau Kane kekal di Liga Perdana dan terus menjaringkan gol mengikut kadar ini, beliau akan melepasi Shearer sebagai penjaring rekod liga dalam kira-kira 70 perlawanan, kemungkinan menjelang akhir musim 2024-25.

Kane merupakan salah seorang daripada tiga pemain yang menerima anugerah tersebut sebanyak tiga kali, bersama Shearer dan Mohamad Salah, satu kurang daripada Thierry Henry yang memenanginya sebanyak empat kali.

Hanya beliau dan Shearer telah menjaringkan lebih 30 gol dalam satu musim Liga Perdana untuk beberapa kali, di mana Kane melakukannya sebanyak dua kali dan Shearer sebanyak tiga kali.

Namun, Kane merupakan pemain yang menjaringkan gol terbanyak dalam tahun kalendar 2017 dengan 39 gol.

Kane mempunyai kebolehan untuk memberikan hantaran bola yang hebat, tapi sejak musim kebelakangan ini beliau telah menambah ‘assist’ bermutu kepada kehebatannya menjaringkan gol.

Bagi tiga musim Liga Perdana lalu, beliau menyumbang 26 hantaran atau ‘assist’ yang membawa kepada jaringan gol, meletakkannya di tangga keenam pada masa itu, dengan Kevin de Bruyne dari Manchester City mendahului senarai itu.

Digabungkan dengan gol yang telah dijaringkannya pada mula 2020-2021, jumlah sumbangan gol oleh Kane mencapai 102 – lebih daripada pemain lain.

Beliau juga memegang rekod bagi ‘assist’ terbanyak untuk satu pemain, dengan 24 ‘assist’ untuk Son Heung-min.

Jelas, pemergian Kane mendatangkan kerugian besar kepada Spurs.

Sejak musim pertamanya, Kane telah menjaringkan dua kali ganda lebih gol daripada pemain terbaik kedua Spurs.

Sejak permulaan musim 2012-2013, Tottenham telah menjaringkan 647 gol Liga Perdana. Kane menjaring 32.92 peratus jumlah gol tersebut.

Dalam 304 permainan bersama beliau, Spurs mempunyai kadar kemenangan 54.9 peratus. Kadar itu jatuh kepada 44.4 peratus bagi 36 permainan tanpa beliau.

Walaupun Spurs akan merinduinya, pasukan lain akan gembira dengan pemergian penyerang yang telah menghantui gol mereka selama satu dekad.

Kane merupakan satu-satunya pemain dalam sejarah Liga Perdana yang mempunyai rekod 100 peratus menjaringkan gol menentang pasukan lawan.

Untuk ‘London Derby’ pula beliau telah menjaringkan 56 gol, termasuk 14 gol yang dijaringkannya apabila menentang Arsenal.

Beliau juga menjaringkan 18 jol menentang Leicester, gol terbanyak oleh seorang pemain melawan pasukan tertentu.

Sebab mengapa Kane mahu ke Bayern jelas. Bayern telah memenangi trofi dengan kadar luar biasa.

Peluang terdekat untuk penyerang tersebut memenangi trofi adalah di peringkat akhir Piala Liga dan Liga Juara-juara. Spurs juga mencapai tempat kedua pada Liga Perdana 2016-2017.

Daripada 34 pemain yang menjaringkan lebih 100 gol Liga Perdana, Kane merupakan salah seorang daripada hanya tiga yang tidak pernah memenangi trofi.

Sepanjang dekad lalu di mana beliau telah menjaringkan gol untuk Tottenham, 280 gol oleh beliau telah membantu mereka sampai ke peringkat akhir tiga pertandingan utama dan mencapai kedudukan liga purata 4.8.

Bagus, tetapi tidak cukup bagus bagi dirinya memenangi pingat sertai pencapaian peribadinya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >