Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Jangan terlalu hormat Vietnam: Irfan

Nishigaya berkata S'pura akan agresif apabila melawan Vietnam di Jalan Besar malam ini
Dec 30, 2022 | 05:30 AM



VIETNAM adalah sebuah pasukan kuat, tetapi pasukan Singa tidak harus terlalu mengagumi kehebatan mereka, kata pemain pertahanan Singapura Irfan Fandi.



Singapura berdepan ujian terbesarnya dalam Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2022 setakat ini apabila ia menjadi tuan rumah kepada Vietnam di Stadium Jalan Besar 8.30 malam ini.



"Saya fikir Vietnam sentiasa menjadi pasukan kuat dengan pemain hebat. Mereka telah lama berlatih bersama. Saya kagum dengan kehebatan mereka.



"Tetapi, esok kami tidak perlu begitu menghormati mereka. Kami akan melakukan yang terbaik mungkin, dan bagi diri saya, saya akan memberikan usaha 110 peratus untuk Singapura," kata Irfan, 25 tahun, dalam satu sidang media praperlawanan di Hotel Parkroyal Beach Road tengah hari semalam.



Irfan, yang menjaringkan gol keduanya untuk pasukan Singa dalam kemenangan 2-0 ke atas Laos Selasa lalu, menambah bahawa komunikasi antara pemain dan bentuk pertahanan pasukan akan menjadi kunci bagi menghalang penyerang Vietnam mengancam gawang Singapura.



Vietnam sudah menyumbatkan sembilan gol dalam dua perlawanan sejauh ini, manakala gawang Singa telah dibolosi dua kali dalam kemenangan 3-2 menentang Myanmar Sabtu lalu.



Dalam pada itu, persembahan Singapura di Piala AFF ini dikritik sebagai tidak meyakinkan oleh peminat tempatan.



Mengulas mengenai perkara itu, jurulatih Singapura Takayuki Nishigaya semalam berkata: "Sebelum kejohanan ini, saya tahu tiada perlawanan yang mudah jadi saya gembira kami sudah dapat dua kemenangan.



"Bagi perlawanan esok di padang sendiri, kami akan bersikap agresif dan memaparkan gaya permainan kami."



Warga Jepun itu juga berkata tiada kecederaan besar yang dialami skuad Singa, dengan semua pemain berpeluang diturunkan.



Pasukan Singa tiba di tanah air pada 11 malam kelmarin selepas perjalanan lebih lapan jam dari Vientiane bagi perlawanan Laos.



Walaupun perlu menangani keletihan, Nishigaya berkata semangat dalam kem pasukannya kekal tinggi.



Sementara itu, jurulatih Park Hang-seo yakin Vietnam dapat merampas tiga mata penuh daripada Singapura.



"Pemerhatian saya ialah Singapura mengatur barisan pemain yang berbeza dalam dua perlawanan mereka sebelumnya dan mempunyai beberapa pemain pantas.



"Jadi, saya tidak pasti siapa akan diturunkan esok. Tetapi, kami telah membuat persiapan baik untuk lawan Singapura," kata warga Korea Selatan itu.



Park menambah bahawa padang rumput tiruan Stadium Jalan Besar tidak akan menjejas prestasi pasukannya, dengan beberapa pemain Vietnam pernah bersaing di padang sedemikian.



Dalam pertembungan terakhir antara dua pasukan ini, Vietnam mengalahkan Singapura 4-0 semasa satu perlawanan persahabatan di Ho Chi Minh September lalu.



Vietnam, Singapura dan Malaysia terikat dengan enam mata dalam Kumpulan B sebanyak lima pasukan. Tetapi Vietnam mendahului tangga berdasarkan perbezaan gol, diikuti oleh Malaysia dan Singapura.



Daripada empat perlawanan peringkat kumpulan, Malaysia sudah bermain tiga kali sementara pertempuran malam ini adalah perlawanan ketiga bagi Vietnam dan Singapura.



Kemenangan bagi mana-mana pasukan di kota Singa ini akan memberi kelebihan untuk menempah tiket ke separuh akhir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >