Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Jepun benam Sepanyol 4-0, duduk tangga pertama Kumpulan C

Jul 31, 2023 | 06:39 PM



WELLINGTON: Jepun menundukkan Sepanyol 4-0 pada Isnin di Stadium Regional Wellington, New Zealand, untuk menduduki tempat teratas dalam Kumpulan C kejohanan Piala Dunia ke-9 yang sedang berlangsung.


Kejayaan ini membolehkan pasukan dari negara matahari terbit itu menempah tempat ke pusingan kalah mati melibatkan 16 pasukan dan bakal menentang Norway pada 5 Ogos.

Juara dunia 2011 itu membuat kemenangan mereka kelihatan mudah dengan menjaringkan tiga gol sebelum separuh masa.

Pemain sayap kanan Jepun, Hinata Miyazawa, kini menjadi penjaring terbanyak dalam kejohanan itu dengan empat gol, selepas beliau menjaringkan dua gol dalam separuh masa pertama.

Miyazawa, yang akan meraikan hari lahir ke-24 tahun pada November, meletakkan Jepun di hadapan pada minit ke-12 sebelum kemudian memberi bantuan kepada penyerang Riko Ueki yang menggandakan kedudukan pada minit ke-29.

Mereka berdua bergabung sekali lagi pada minit ke-40 apabila Ueki membuat hantaran kepada Miyazawa yang merembat bola ke dalam jaring di hadapan 20,957 penonton.

Pemain gantian Mina Tanaka menambah kepada keperitan Sepanyol dengan gol keempat pada minit ke-82.

Jepun memulakan perlawanan kumpulan ketiga dan terakhir mereka di tangga kedua dalam Kumpulan C dan mempunyai perbezaan gol yang lebih rendah daripada Sepanyol yang menduduki tangga pertama.

Kini, Jepun menduduki tangga pertama dengan sembilan mata, manakala Sepanyol menduduki tangga kedua dengan enam mata.

Zambia dan Costa Rica masing-masing menduduki tangga ketiga dan terakhir.

Jepun akan kekal di Wellington, di mana mereka akan bertemu Norway, juara dunia pada 1995.

Sepanyol akan memulakan perjalanan ke Auckland, di mana mereka akan menentang Switzerland di Stadium Eden Park pada Sabtu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >