Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jepun kian hampir ke pusingan kalah mati

Pasukan bola sepak wanita Jepun tewaskan Costa Rica 2-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan C.
Jul 26, 2023 | 5:28 PM
JARING GOL: Pasukan bola sepak wanita Jepun meraikan jaringan selepas menjaringkan gol kedua menentang Costa Rica.
JARING GOL: Pasukan bola sepak wanita Jepun meraikan jaringan selepas menjaringkan gol kedua menentang Costa Rica. - Foto AFP

DUNEDIN: Pasukan bola sepak wanita Jepun semakin hampir menjejakkan kaki ke pusingan 16 pasukan terakhir Piala Dunia Wanita.

Ini susulan kemenangan 2-0 ke atas Costa Rica pada Rabu di Stadium Forsyth Barr.

Gol-gol jaringan Hikaru Naomoto dan Aoba Fujino pada separuh masa pertama mengukuhkan peluang Jepun mara ke peringkat seterusnya.

Kekalahan Costa Rica bermakna ia telah disingkirkan daripada Piala Dunia setelah menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan C bersama Zambia.

Sungguhpun prestasi bola sepak wanita Jepun di peringkat antarabangsa amat hambar sejak ia menewaskan Amerika Syarikat dalam peringkat akhir Piala Dunia 2011, pasukan itu disuntik kesegaran baru di bawah bimbingan Futoshi Ikeda.

Jentera serangan pasukan kendaliannya dilihat lebih tajam dan mendominasi posesi bola.

Dalam kemenangannya menentang Costa Rica misalnya, Jepun mengasak kubu lawan dan menjaringkan dua gol dalam 27 minit pertama.

Gol pertama adalah hasil jaringan Naomoto susulan sepakan kencang dari sebelah kiri kotak penalti.

Gol kedua yang dijaringkan Fujino pula hasil kecemerlangannya dalam memporak-perandakan pertahanan pihak lawan.

Costa Rica pula kelihatan gugup di bahagian tengah padang dan sering kehilangan bola.

Mujur penjaga gawang mereka Daniela Solera menampilkan prestasi tinggi menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi dengan lebih banyak gol.

Sejak bermulanya temasya Piala Dunia kali ini, beliau telah menyelamatkan 19 percubaan bagi pasukannya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg