Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Terbuka Australia: Alcaraz ‘bangga’ walau tersingkir

Pilihan kedua kesali sesiakan peluang ketika menentang pilihan keenam Zverev pada suku akhir
Jan 25, 2024 | 03:19 PM



MELBOURNE: Carlos Alcaraz melahirkan rasa kesal kerana mensia-siakan peluang hingga kalah kepada Alexander Zverev dalam perlawanan suku akhir Terbuka Australia yang mendebarkan pada 25 Januari.


Namun pemain Sepanyol itu berkata beliau boleh meninggalkan Melbourne dengan bangga.

Alcaraz, pemain nombor dua dunia, memang berazam untuk bangkit di Arena Rod Laver selepas kalah dalam tiga set pertama kepada warga Jerman itu, tetapi akhirnya tetap tumbang 1-6, 3-6, 7-6 (7/2), 4-6.

Alcaraz mara ke suku akhir dengan rekod kalah hanya satu set, namun terkial-kial ketika berdepan servis tepat oleh Zverev dan menghadapi kesukaran untuk memantapkan kedudukannya dalam perlawanan itu.

Sepanjang dua set pertama, Zverev melakukan servis dengan baik, bergegas dari belakang garis padang, sehingga Alcaraz melakukan kesilapan.

Zverez kemudian memilih saat baik untuk bergerak ke dalam garisan padang dan menyerang.

Alcaraz tidak dapat mengurangkan kesilapannya dan menamatkan set pertama dengan 10 kesilapan.

Selepas kelihatan mula bertapak pada awal set kedua, Alcaraz terus melakukan lebih banyak kesilapan dan set itu terlepas dari tangannya.

Namun, Alcaraz, yang kelihatan kecewa dan tertekan, dapat mematahkan percubaan pemain pilihan keenam itu ketika beliau membuat servis kemenangan semasa kedudukan 5-3 dalam set ketiga dan menghasilkan tenis menakjubkan dalam tie-break.


Walaupun mendapat sokongan kuat daripada penonton, beliau tidak dapat mengekalkan prestasi cemerlang itu dan akhirnya pada set keempat Zverev muncul pemenang.

Alcaraz berkata beliau bermain “tenis hebat” pada penghujung set ketiga tetapi prestasinya telah menurun.

“Saya bermain tenis dengan baik pada set keempat,” katanya.

“Jelas sekali bukan tahap terbaik saya tetapi, ia adalah permainan yang bagus.

“Saya tidak merebut peluang saya. Anda tahu, ada banyak naik turun dalam prestasi saya, dalam permainan tenis saya, dalam servis saya.”

Ini adalah penyingkiran awal berdasarkan standard pemain berusia 20 tahun itu.

Tahun lalu beliau terlepas beraksi dalam Terbuka Australia kerana kecederaan, tetapi melangkah ke separuh akhir Terbuka Perancis sebelum memenangi Wimbledon dan kemudian mara ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat.

Namun Alcaraz berkata secara keseluruhannya beliau berpuas hati dengan usahanya di Melbourne.

“Secara umumnya, saya meninggalkan kejohanan ini dengan rasa gembira, melupakan prestasi hari ini,” katanya.

“Tetapi secara umumnya, saya rasa saya mempunyai kejohanan yang cukup bagus.

“Saya bermain perlawanan hebat dan kedudukan suku akhir Grand Slam adalah bagus. Ia bukan apa yang saya harapkan, tetapi ia tidaklah teruk,” tambahnya.

Alcaraz berkata sorakan peminat menaikkan semangatnya ketika beliau nampaknya akan kalah tiga set berturut-turut.

“Saya fikir adanya set keempat adalah disebabkan penonton, dan cara mereka memberikan tenaga kepada saya,” katanya.

“Saya rasa kecewa, benar-benar hampa, dan mereka mula – atau mereka tidak berhenti menyokong saya, jadi ia penuh bersemangat.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka, kerana kekal di sana, percaya pada saya, menyokong saya bagi setiap pukulan bola, bagi setiap mata.”

Dalam separuh akhir pada 26 Januari, Zverev akan menentang pemain pilihan ketiga Daniil Medvedev, manakala pemain pilihan keempat Jannik Sinner berdepan juara 10 kali Terbuka Australia Novak Djokovic. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >