Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Jonatan Christie menang Terbuka All England

Mar 18, 2024 | 12:53 PM



BIRMINGHAM: Pertarungan antara rakan senegara Indonesia dan kawan di Terbuka All England pada 17 Mac menyaksikan pemain nombor 9 dunia, Jonatan Christie, menewaskan Anthony Ginting untuk merangkul gelaran juara kejohanan berprestij itu.


Ia merupakan kemenangan penuh emosi buat pemain bukan pilihan berusia 26 tahun itu, yang menahan air mata selepas memenangi perlawanan tersebut 21-15, 21-14.

Ia juga merupakan kejayaan pertama Christie dalam Jelajah Dunia Super 1000 apabila pemain nombor 9 dunia itu perbaiki permulaan buruknya musim ini selepas beliau gagal ke suku akhir dalam mana-mana kejohanan.

Tetapi sebelum ini Christie terpaksa menahan serangan daripada Ginting dalam kedua-dua set sebelum beliau merangkul gelaran perseorangan lelaki pertamanya pada kejuaraan utama tertua badminton.

Walaupun legenda Rudy Hartono memegang rekod untuk kebanyakan mahkota perseorangan lelaki di Terbuka All England – lapan keseluruhannya dan tujuh berturut-turut dari 1968 hingga 1974 – Indonesia tidak merangkul gelaran berprestij ini sejak Hariyanto Arbi menewaskan rakan senegara Ardy Bernardus Wiranata 30 tahun lalu pada 1994.

Mengulas tentang kemenangannya, Christie berkata: “Saya sangat gembira kerana kami mencipta sejarah, ini final pertama yang mempunyai hanya pemain Indonesia selepas 30 tahun.

“Saya adalah juara di sini dan ia sangat penting bagi saya. Permulaan saya untuk 2024 penuh dengan pasang surut tetapi tuhan banyak membantu saya dalam kejohanan ini.”

Ginting pula mengenang pergaulan lamanya dengan Christie sambil berkata: “Kenangan pertama saya terhadap Christie adalah hari pertama kami dalam pasukan nasional.

“Kami adalah junior, dan kami sangat muda pada masa itu, 16 atau 17 tahun. Kami berasa segan dan agak takut dengan senior kerana kami masih muda dan itu budaya Asia… Jika tiada Jonatan hari ini, maka tiadalah saya hari ini.”

Kedua-dua Christie dan Ginting sebelum ini tidak pernah mara melepasi peringkat suku akhir. Warga Indonesia terakhir yang berjaya mara ke final perseorangan lelaki ialah Budi Santoso pada 2002.

Sebelum Christie mara ke final, beliau menewaskan pemain nombor 18 dunia dan finalis 2022, iaitu pemain India, Lakshya Sen, 21-12, 10-21, 21-15 pada peringkat separuh akhir.


Ginting, pemain nombor 5 dunia, pula menewaskan pemain Perancis, Christo Popov, dalam satu lagi peringkat separuh akhir, dengan kemenangan 19-21, 21-5, 21-11 dalam masa 1 jam 15 minit.


Di samping itu, terdapat lebih banyak kejayaan Indonesia dalam final beregu lelaki.


Beregu Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto mengekalkan kejuaraan mereka berikutan kemenangan 21-16, 21-16 ke atas pemain Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >