Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Loh Kean Yew tersingkir daripada Terbuka All England

Mar 15, 2024 | 03:04 PM



Bintang badminton Singapura, Loh Kean Yew, tewas kepada pemain Malaysia, Lee Zii Jia, dalam pusingan 16 terbaik dalam acara perseorangan lelaki Terbuka All England.

Kemenangan itu menyaksikan Zii Jia mencatat rekod kemenangan 7-2 ke atas Kean Yew.

Dalam perlawanan berat sebelah di Utilita Arena di Birmingham pada 14 Mac, Lee, pemain nombor 10 dunia, mempamerkan permainan positif untuk menewaskan lawannya 21-15, 21-12 dalam masa 33 minit.

Loh, 26 tahun, berkata:

“Ini satu persembahan mengecewakan. Saya tidak dapat mengawal kelajuan bulu tangkis dan saya tidak bermain dengan lebih berani selepas ketinggalan di gelanggang.

“Sebaliknya, Zii Jia berjaya mengawal perlawanan dan memberi tekanan hebat sepanjang pertandingan.”

Dengan gabungan kuasa dan teknik memperdayakan lawan di gelanggang, Lee, juara Terbuka All England 2021, mendahului 8-0 pada pembukaan dan meneruskan rentak menentang Loh yang tidak pernah melepasi pusingan pertama sehingga beliau menewaskan Angus Ng dari Hong Kong pada 13 Mac.

Loh, yang berada dalam kedudukan ke-11, kelihatan tidak bermaya dan tidak menunjukkan prestasi terbaik, lapor The Straits Times (ST).


Walaupun beliau berjaya merapatkan jurang kepada 18-14 dengan beberapa pukulan baik dan memaksa lawan ke belakang gelanggang selepas jurang itu melebar kepada 17-7, beliau kurang berupaya menyelamatkan pukulan smash 400 kilometer sejam (kmh) dan menembusi pertahanan mantap Lee.


Permainan kedua menunjukkan persembahan sama, apabila Lee, 25 tahun, mengekalkan rentak kemenangan, manakala Loh melakukan beberapa kesilapan.

Perlawanan itu jarang menyaksikan rally berpanjangan, dengan Lee berjaya menamatkan perlawanan dengan pantas untuk meraih kemenangan keempat berturut-turut ke atas Loh, dan sekali gus menempah tempat ke pusingan suku akhir menentang Lakshya Sen, juara Sukan Commonwealth 2022.


Pemain dari India itu sebelum ini pernah menewaskan Anders Antonsen dari Denmark 24-22, 11-21, 21-14.

Lee, yang tewas pada pusingan pertama Terbuka Perancis kepada pemain nombor 33 dunia dari Denmark, Magnus Johannesen, berkata beliau berasa lebih terdorong selepas kekalahan mengejut itu.

“Minggu lepas memang mengecewakan. Saya berbincang dengan jurulatih saya (Wong Tat Meng) untuk melihat apa yang boleh kami baiki,” katanya.

“Saya ingin cuba mengembalikan semula keyakinan saya. Segalanya nampaknya berjalan lancar pada masa ini,” tambahnya.

Beliau bersimpati dengan Loh, kelahiran Pulau Pinang, yang beliau kenali sejak mereka bermain dalam pasukan junior nasional di Malaysia.

“Saya rasa Kean Yew dan saya mempunyai persamaan.

“Apabila kami berada pada tahap terbaik, kami boleh menewaskan sesiapa sahaja, tetapi ia adalah sebaliknya apabila kami tidak (mencapai tahap terbaik),” ujar Lee.

“Itu yang kita lihat daripadanya hari ini. Beliau jelas tidak berada pada tahap terbaik. Beliau melakukan banyak kesilapan,” tambahnya.

Jurulatih perseorangan Singapura, Kelvin Ho, berpandangan Loh “terlalu banyak berfikir” di gelanggang yang mengalih perhatiannya daripada menunjukkan persembahan baik.

“Kean Yew sukar mengumpul tenaga dan memberi tumpuan kepada apa yang beliau perlu lakukan untuk beraksi dengan baik.

“Prestasinya baik pada pusingan sebelum ini tetapi ia tidak cukup kukuh hari ini,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >