Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Joseph Schooling tidak ke Sukan Asia di Hangzhou

Aug 05, 2023 | 01:18 PM



Perenang negara Joseph Schooling, 28 tahun, tidak akan bertanding dalam Sukan Asia yang akan berlangsung dari 23 September hingga 8 Oktober di Hangzhou, China.

Nama juara Olimpik itu dikecualikan daripada senarai 431 nama atlet yang diumumkan pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan, Schooling berkata: “Walaupun saya tidak akan mengambil bahagian, saya mendoakan yang terbaik bagi kontinjen di Sukan Asia dan berharap mereka akan membanggakan Singapura.

“Status latihan dan pertandingan saya kekal sama. Butiran lanjut mengenai masa depan saya akan dikongsi dalam masa terdekat,” tambahnya.

Pada dua edisi Sukan Asia yang lalu, Schooling telah memenangi tiga pingat emas, satu perak dan tiga gangsa.

Semasa Sukan Asia 2018 di Jakarta, beliau telah meraih dua pingat emas dalam acara gaya kupu-kupu 50 meter dan 100 meter.

Sebelum ini, Schooling telah layak untuk acara lumba 50 meter dan 100 meter gaya kupu-kupu serta 100 meter gaya bebas. Beliau juga layak menyertai dua acara berganti-ganti dan telah dinamakan dalam senarai awal atlet ke Hangzhou yang dikeluarkan pada April 2022.

Menjawab pertanyaan The Straits Times, Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) berkata pemilihan ke Sukan Asia adalah berdasarkan perenang mencatat masa terpantas semasa jendela kelayakan, yang dilanjutkan dari April 2022 hingga Mei 2023 berikutan penangguhan acara itu akibat pandemik Covid-19.


Ia juga menyatakan: “Di penghujung jendela kelayakan, dua perenang muncul mendahului Joseph dengan masa yang lebih pantas.”

Pertandingan terakhir yang disertai Schooling adalah di Sukan SEA Hanoi pada Mei 2022. Di sana, beliau telah memenangi dua emas dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu dan 4X100 meter rampaian berganti-ganti.

Schooling, yang menyertai perkhidmatan negara (NS) pada Januari 2022, terlepas beraksi di Sukan Komanwel 2022 di Birmingham dan tidak pergi ke Phnom Penh untuk Sukan SEA 2023 pada Mei.

Pada 2022, beliau terbabit dalam kontroversi dadah di mana beliau dan rakan perenang negara lain, Teong Tzen Wei dan Amanda Lim mengaku menggunakan kanabis.

Menyusuli insiden itu, Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata disebabkan Schooling telah menyalah guna peruntukan istimewa, beliau tidak lagi layak diberi cuti atau masa untuk berlatih dan bertanding semasa menjalani NS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >