Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BADMINTON

Juara dunia Loh akur perjalanan masih jauh, cabaran kini 'amat besar'

Dec 23, 2021 | 05:30 AM



PERJALANAN beliau dalam sukan badminton pilihannya masih jauh dan beliau harus terus mempertingkat prestasinya kerana beliau bukan lagi seorang pemain yang tidak dikenali, kata juara badminton dunia baru Loh Kean Yew.



"Ada banyak perlu saya perbaiki," kata Loh, 24 tahun, pada sidang media yang diadakan setibanya di Singapura kelmarin.



"Bandingkan sahaja saya dengan pemain utama seperti Viktor (Axelsen), Kento (Momota) dan lain-lain lagi... pukulan mereka kesemuanya lebih konsisten... dan saya harus mempertingkat keyakinan diri supaya berupaya menangani tekanan," ujar Loh lagi.



Nama Loh kurang dikenali sebelum ini, tetapi kini menjadi sebutan selepas beliau menewaskan pemain badminton India Srikanth Kidambi hujung minggu lalu bagi menjuarai Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Sepanyol.



Laluan Loh ke final juga mengagumkan. Beliau, yang tidak disenaraikan sebagai pemain pilihan bagi kejohanan itu, menewaskan pemain nombor satu dunia Axelsen dan pemain nombor tiga dunia Anders Antonsen untuk mara ke final.



Kemenangan Loh di kejohanan itu memastikan beliau meloncat daripada ranking ke-22 di dunia ke tangga ke-10.



"Bagi saya, ini semua satu permulaan baru kerana sebelum ini orang tidak mengenali saya, tetapi kini saya menjadi tumpuan pemain lain yang ingin menewaskan saya," kata Loh.



"Selepas ini, saya perlu mengubah pemikiran apabila memasuki gelanggang dan ini adalah satu cabaran amat besar bagi saya."



Loh tiba di Terminal Satu Lapangan Terbang Changi kelmarin ditemani jurulatih perseorangan lelaki nasional Kelvin Ho dan jurufisioterapi Ho Jia Ying.



Beliau disambut penuh gah, termasuk sebaik sahaja pesawatnya mendarat, ia disirami air oleh kenderaan di landasan sebagai tanda hormat.



Acara hormat sama dilakukan bagi menyambut kepulangan perenang nasional Joseph Schooling selepas beliau memenangi pingat emas Olimpik pertama Singapura di Rio, Brazil, pada 2016.



Di terminal, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, dan presiden Persatuan Badminton Singapura (SBA), Encik Lawrence Leow, menyambut Loh.



Sekumpulan orang di situ juga menantikan kehadirannya, selepas mereka mendapat tahu rombongan kecil itu sedang menanti ketibaan Loh.



Mengenai rancangannya bagi tahun depan, Loh berkata beliau ingin menyertai latihan dan pertandingan di sini dan luar negara dan sedang berbincang dengan jurulatih, SBA dan Institut Sukan Singapura (SSI).



Sebelum ini, SBA berkata Loh akan menjalani latihan di luar negara bersama Axelsen dalam persiapan bagi Olimpik 2024 di Paris.



Beliau juga akan bertemu doktor untuk memeriksa buku lalinya yang cedera pada perlawanan suku akhir kejohanan dunia itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >