Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Juara dunia silat terlepas peluang beraksi selepas kategori tidak ditanding

Nov 18, 2025 | 4:11 PM
Silat, tidak, bertanding
Juara dunia 2018 dan Sukan SEA 2022, Nurul Suhaila Mohamed Saiful. - Foto ST
Pasukan silat seni (dari kiri) Iffah Batrisyia Noh, Nur Ashikin Zulkifli dan Amirah Sahrin memenangi pingat emas silat yang pertama untuk Singapura semasa temasya Sukan SEA 2023 di Kemobja.
Pasukan silat seni (dari kiri) Iffah Batrisyia Noh, Nur Ashikin Zulkifli dan Amirah Sahrin memenangi pingat emas silat yang pertama untuk Singapura semasa temasya Sukan SEA 2023 di Kemobja. - Foto ST

Dua juara dunia, Nurul Suhaila Mohamed Saiful dan Sheik Farhan Sheik Alau’ddin, tidak berpeluang bertanding di Sukan SEA 2025 kerana kategori masing-masing tidak akan dipertandingkan.

Berucap di acara media ‘Satu Pasukan, Satu Impian’ pada 17 November, pengurus besar skuad silat kebangsaan, Encik Azmi Mohsin berkata hanya 13 kategori akan dipertandingkan di Sukan SEA 2025, berbanding 22 kategori semasa Sukan SEA 2023 di Kemboja.

“Kami berharap lebih kategori dapat dipertandingkan pada masa depan,” tambah Encik Azmi.

Juara dunia dan Asia, Amirah Sahrin, Iffah Batrisyia Noh and Nur Ashikin Zulkifli yang memenangi pingat emas bagi acara seni regu di Sukan SEA 2023 di Kemboja, juga terlepas peluang bagi temasya Sukan SEA 2025 pada Disember.

“Kami hanya memberi tumpuan kepada kategori yang dipertandingkan dan kami berharap dapat beraksi sebaik mungkin, jika tidak lebih baik daripada prapertandingan Sukan SEA,” kata Encik Azmi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg