Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jude Bellingham antara 8 pemain England dinobat bagi anugerah ‘Golden Boy’

Jun 26, 2023 | 5:30 PM
PERANAN UTAMA: Tunggak midfield dan bakat muda England, Jude Bellingham, semasa beraksi dalam Piala Dunia 2022 di Qatar.
PERANAN UTAMA: Tunggak midfield dan bakat muda England, Jude Bellingham, semasa beraksi dalam Piala Dunia 2022 di Qatar. - Foto AFP

LONDON: Pemain yang baru berpindah ke Real Madrid, Jude Bellingham, dinamakan sebagai salah seorang daripada lapan pemain England dalam senarai anugerah Golden Boy.

Pemain bahagian tengah berusia 19 tahun itu disenaraikan di samping Harvey Elliott dari Liverpool dan Rico Lewis dari Manchester City.

Seramai 13 pemain yang membuat penampilan dalam Liga Perdana England (EPL) bagi musim 2022/23 juga ada dalam senarai tersebut.

Daripada 13 pemain itu, empat adalah dari Brighton manakala Manchester City, Chelsea dan Liverpool masing-masing ada dua pemain yang tersenarai.

Pemain Bayern Munich, Jamal Musiala – yang membesar di England dan pernah bermain di akademi Chelsea – disebut-sebut sebagai pemain untuk menang anugerah itu.

Pemenang anugerah edisi 2022 disandang oleh pemain Barcelona dan pemain antarabangsa Sepanyol, Gavi.

Kali terakhir pemain England menang anugerah itu adalah pada 2014, yang mana Raheem Sterling masih menyarung jersi Liverpool.

Antara pemain yang pernah merangkul anugerah tersebut termasuk Wayne Rooney, Lionel Messi, Kylian Mbappe dan Erling Haaland.

Dalam pada itu, anugerah yang dimulakan pada 2003 oleh akhbar Tuttosport ini diberikan kepada bakat muda bola sepak bawah 21 tahun di Eropah yang paling menyerlah dalam satu-satu musim.

Pemenang akan ditentukan oleh undian di laman web pihak penganjur Tuttosport dan barisan wartawan dari Eropah. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg