Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Real Madrid setuju tawar 103 juta Euro untuk dapatkan Jude Bellingham

Jun 8, 2023 | 3:39 PM
KEDUA TERMAHAL: Jude Bellingham akan menjadi pemain bola sepak kedua paling mahal  Real Madrid selepas pemindahan Eden Hazard dari Chelsea ke Sepanyol pada 2019.
KEDUA TERMAHAL: Jude Bellingham akan menjadi pemain bola sepak kedua paling mahal Real Madrid selepas pemindahan Eden Hazard dari Chelsea ke Sepanyol pada 2019. - Foto EPA-EFE

MADRID: Real Madrid telah bersetuju dengan satu perjanjian bersama Borussia Dortmund untuk mendapatkan pemain midfield England, Jude Bellingham, dengan nilai pemindahan berharga 103 juta Euro ($148.7 juta).

Pemain muda berusia 19 tahun itu yang menyertai Dortmund dari Birmingham City pada Julai 2020, merupakan antara pemain terbaik pasukan England dalam Piala Dunia 2022 di Qatar.

Bellingham inginkan pemindahan itu dan akan menjalani ujian kesihatan dalam beberapa hari lagi.

Pemain midfield itu yang dikaitkan dengan beberapa pasukan Eropah ternama, akan mendatangani satu perjanjian selama enam tahun.

Dortmund telah mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa pasukan Sepanyol itu telah bersetuju membayar 103 juta Euro, disusuli dengan pelbagai tambahan.

Sekiranya merangkumi semua tambahan itu, maka nilai tawaran boleh mencecah 133.9 juta Euro.

Manchester City dan Liverpool merupakan dua pasukan yang berminat mendapatkan Bellingham, yang dilaporkan menjadi pemain ketiga paling mahal di dunia.

Bellingham, yang merupakan pemain terbaik Bundesliga untuk musim ini akan menjadi pemain bola sepak kedua paling termahal buat Real Madrid selepas pemindahan Eden Hazard dari Chelsea ke Sepanyol pada 2019. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg