Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Jude Bellingham dinobat pemain terbaik Bundesliga

Jun 04, 2023 | 05:30 AM



MUNICH: Pemain tengah England dari Borussia Dortmund, Jude Bellingham, telah dinobatkan sebagai pemain terbaik Bundesliga musim ini.


Bellingham, 19 tahun, merupakan pemain penting untuk Dortmund sepanjang musim, namun kecemerlangannya tidak cukup membuahkan hasil apabila pasukannya seri 2-2 dengan Mainz pada hari terakhir musim.

Keputusan itu menyebabkan Dortmund menamat musim di tangga kedua, sekali gus menyerah gelaran juara Bundesliga kepada Bayern Munich.

Bellingham telah menjaringkan lapan gol dan membuat lima assist dalam 31 penampilan liga tahun ini.


“Setiap tahun saya bermain di kelab ini, tanggungjawab saya meningkat,” kata Bellingham.

“Saya perlu terus mencuba yang terbaik untuk menyumbang ketika dalam fasa menyerang dan bertahan, serta cuba mengawal permainan di tengah-tengah padang.

“Saya datang ke kelab ini sebagai pemain yang berbakat tetapi saya telah berjaya meningkatkan permainan saya.

“Ini kerana rakan sepasukan saya, jurulatih dan kakitangan kelab telah membantu saya untuk berkembang.”

Bellingham dijangka menyertai Real Madrid pada musim panas ini dalam perjanjian bernilai lebih £100 juta ($144.7 juta).

Bulan lalu, Liverpool menarik diri daripada membeli remaja itu kerana kos yang tinggi tetapi juara Liga Perdana England, Manchester City, masih dipercayai berminat.

Bellingham menyertai Dortmund dari Birmingham City pada 2020 dengan harga £25 juta, menjadi pemain berusia 17 tahun termahal dalam sejarah bola sepak.

Beliau kini telah membuat lebih 130 penampilan untuk kelab Jerman itu.

Bellingham hanya bermain satu musim di Birmingham tetapi adalah pemain penting bagi mereka dalam usaha mengelak disingkir ke Liga Satu.

Bakat dan kematangan yang dipamerkan beliau di padang pada usia 17 tahun telah menarik perhatian banyak kelab terbesar dunia, tetapi Borussia Dortmund yang memenangi perlumbaan untuk menandatanganinya.

Wartawan bola sepak Guillem Balague berkata: “Bellingham tidak mahu meninggalkan Birmingham City, beliau menangis.

“Namun beliau telah keluar dari zon selesanya dan telah berkembang menjadi seorang lelaki muda yang sangat selesa.”

Bellingham tidak terpaku ketika bermain di peringkat lebih besar iaitu Bundesliga, malah, beliau terus cemerlang dan pada Oktober tahun lalu, beliau mencipta sejarah dengan menjadi kapten termuda Dortmund pada usia 19 tahun.

Bellingham telah 24 kali mewakili England dan merupakan salah seorang pemain utama dalam pasukan Gareth Southgate pada Piala Dunia 2022 di Qatar. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >