Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Jurang wang dengan kelab terkemuka Eropah kian besar: Pengerusi Celtic

Nov 23, 2023 | 02:36 PM



LONDON: Pengerusi Celtic, Peter Lawwell, memberitahu mesyuarat agung tahunan kelab Scotland itu bahawa jurang kewangan dengan kelab terkemuka Eropah “semakin besar”.


Pada September, juara Scotland itu mengumumkan keuntungan sebelum cukai sebanyak $68.24 juta bagi tahun kewangan setahun hingga Jun 2023.

Sementara prestasi di padang pula, pasukan Brendan Rodgers itu membuat permulaan baik bagi mempertahan Liga Perdana mereka tetapi mempunyai hanya satu mata daripada empat perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara.

“Di Eropah, ia semakin sukar. Terdapat jurang kewangan antara kami dengan kelab utama Eropah yang semakin besar. Tetapi kami tidak berputus asa. Kami bersaing dengan baik di padang sendiri menentang Atletico (Madrid) dan Lazio. Kami hanya perlu lebih konsisten.

“Dari perspektif kewangan ia adalah tahun yang luar biasa. Asasnya sangat kukuh,” kata Lawwell.

Celtic hanya memenangi satu perlawanan dalam empat kempen Liga Juara-Juara terakhir mereka, termasuk musim semasa.

Rodgers berkata: “Jika anda mengetepikan separuh masa kedua (kekalahan 6-0) menentang Atletico Madrid, pemain kami telah bermain cemerlang dan semakin baik pada setiap perlawanan.

“Tetapi tidak dinafikan bahawa kami perlu menjadi lebih kuat pada musim-musim berikutnya di padang sendiri, dan ini adalah salah satu pendorong besar.”

Ketua Eksekutif Celtic, Michael Nicholson, yang berucap tentang larangan berterusan ke atas kumpulan penyokong Green Brigade oleh kelab itu, berkata:

“Kami semua mahukan Celtic Park penuh dengan peminat Celtic yang menyokong pasukan ini dan Brendan. Ini perlu dilakukan dengan cara selamat.

“Kami mempunyai beberapa kebimbangan mengenai keselamatan di bahagian stadium serta kumpulan tertentu dan musim ini kebimbangan itu telah meningkat. Ia bukan keputusan yang diambil ringan tetapi keputusan diambil demi keselamatan.”

Sementara itu, Rodgers, yang “secara pasti” berkata tiada rekrut pada musim panas ini, menunjukkan beliau perlu mengurangkan bilangan pemain dalam skuadnya tetapi sedang mencari dan membawa masuk lebih banyak pemain bermutu.

“Saya tidak mahu menambah jumlah pemain dalam skuad. Kami mempunyai sejumlah 32 pemain yang perlu kami turunkan dan kami perlu membawa masuk pemain bermutu,” katanya.

“Tetapi saya agak selesa bahawa sepanjang beberapa tempoh akan datang, skuad kami akan kelihatan seperti apa yang saya mahukan dari segi bilangan dan mutu,” ujarnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >