Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trippier harap dapat kecap kemenangan di Anfield

Aug 27, 2023 | 5:30 AM
MENARUH HARAPAN: Trippier akui bahawa bermain di Anfield menentang Liverpool merupakan cabaran besar namun berharap mampu mendorong Newcastle beroleh kemenangan.
MENARUH HARAPAN: Trippier akui bahawa bermain di Anfield menentang Liverpool merupakan cabaran besar namun berharap mampu mendorong Newcastle beroleh kemenangan. - Foto Reuters

ENGLAND: Kieran Trippier, pemain Newcastle, menamakan Anfield sebagai stadium Liga Perdana yang mempunyai suasana terbaik selain St James’ Park.

Dan beliau mengakui betapa sukar untuk mendapatkan keputusan yang memuaskan di stadium itu.

Trippier telah bermain di Anfield dengan empat pasukan berbeza – Burnley, Tottenham Hotspur, Atletico Madrid dan kini bersama Newcastle.

Beliau hanya sekali menjamah kemenangan di stadium itu – ketika bersama Atletico pada musim 2019/20.

“Setentunya Anfield. Saya telah bermain banyak perlawanan di sana dan penyokong mereka sangat hebat. Setiap kali saya berada di sana, saya dapat rasakan suasana tegang tetapi saya menyukainya,” jawab Trippier ketika ditanya tentang penyokong yang paling vokal.

Trippier juga memuji Trent Alexander-Arnold, naib kapten Liverpool yang baru, dan menggolongkan Trent bersama pemain yang beliau anggap sebagai pemain pertahanan, bek kanan, yang terbaik di dunia kini.

Namun beliau tetap bersemangat bersama Newcastle yang akan menentang Liverpool pada Ahad, 27 Ogos.

Walaupun belum meyumbang gol atau ‘assist’ kepada pasukannya pada musim ini, Trippier merupakan pemain penting bukan hanya di benteng pertahanan Newcastle, malah berperanan di bahagian serangan juga.

Walau dibayangi cabaran, Trippier berharap dapat mengecap kemenangan kali kedua menumpaskan Liverpool di Anfield, kali ini bersama Newcastle. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg