Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Jurubahasa pemain besbol Shohei Ohtani dipecat, disyaki libat kegiatan judi

Mar 21, 2024 | 02:19 PM



LOS ANGELES: Ippei Mizuhara, yang telah lama berkhidmat sebagai jurubahasa bagi bintang besbol Shohei Ohtani, dipecat oleh pasukan besbol Los Angeles Dodgers pada 20 Mac, selepas sejumlah wang daripada akaun bank Ohtani dihantar ke satu akaun perjudian sukan di California Selatan, menurut beberapa laporan media.


Peguam Ohtani menuduh Mizuhara melakukan “kecurian besar-besaran” yang dikaitkan dengan perjudian haram.

ESPN melaporkan bahawa wang sekurang-kurangnya AS$4.5 juta ($6 juta) telah dipindahkan ke akaun operasi perjudian itu, yang kini disiasat Biro Siasatan Federal (FBI) Amerika Syarikat.

“Dalam menjawab pertanyaan media baru-baru ini, kami mendapati Shohei menjadi mangsa kecurian besar-besaran dan kami menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa,” menurut satu kenyataan daripada firma undang-undang, Berk Brettler LLP, di West Hollywood.

Akhbar Los Angeles Times melaporkan bahawa Mizuhara masih menjadi jurubahasa bagi Ohtani pada 20 Mac apabila pasukan Dodgers berdepan dengan San Diego Padres dalam perlawanan pembukaan musim Liga Utama Besbol di Seoul, Korea Selatan. Beliau dilihat di ruang istirahat semasa permainan.


Selepas itu, Mizuhara bercakap dengan pasukan itu di sebuah rumah kelab dan mendedahkan bahawa satu kisah mula menjadi tular, sambil menyatakan beliau mengalami masalah ketagihan judi, lapor ESPN yang memetik jurucakap Dodgers.

ESPN menambah bahawa ia menyemak maklumat bank yang menunjukkan nama Ohtani bagi dua pembayaran AS$500,000, satu dihantar pada September dan satu lagi pada Oktober, ke akaun operasi perjudian kendalian Mathew Bowyer.

Perkataan “pinjaman” tertera pada kedua-dua pembayaran itu.

Jurucakap Ohtani pada mulanya memberitahu ESPN bahawa bekas pemain Los Angeles Angels itu telah memindahkan dana untuk melunaskan hutang judi Mizuhara.

Mizuhara bersetuju mengadakan temu bual dengan ESPN pada 19 Mac dan menyampaikan ceritanya selama sekitar 90 minit.

Mizuhara, 39 tahun, memberitahu ESPN beliau meminta bantuan Ohtani berhubung masalah hutang judinya.

“Memang jelas, (Ohtani) tidak gembira mengenainya dan berkata dia akan membantu saya untuk memastikan saya tidak mengulanginya,” kata Mizuhara.

“Dia memutuskan untuk membayarkannya untuk saya.

“Saya mahu semua orang tahu bahawa Shohei langsung tidak terlibat dalam perjudian. Saya mahu orang tahu bahawa saya tidak tahu (kegiatan) ini haram. Saya mengambil pengajaran dengan cara yang sukar. Saya tidak akan lagi terlibat dalam judi sukan.”

Pada 20 Mac, jurucakap itu menukar cerita, menyangkal versi cerita yang disampaikan Mizuhara dan enggan mengulas lanjut.

Pada hari yang sama, cerita Mizuhara juga berubah.

Beliau berkata Ohtani tidak tahu-menahu mengenai hutang judinya dan tidak memindahkan wang. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >