Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Jutaan warga Argentina sambut kepulangan wira negara

Dec 22, 2022 | 05:30 AM



BUENOS AIRES: Pasukan bola sepak Argentina terpaksa meninggalkan bas tanpa bumbung semasa perarakan di ibu kota negara itu apabila bas tersebut dikerumuni ribuan peminat yang berhimpun untuk meraikan kemenangan di Piala Dunia.



Menyusuli itu, bintang bola sepak Argentina meneruskan perarakan, tetapi dari udara, dengan bintang-bintang seperti Lionel Messi menaiki helikopter dan terbang di atas penyokong mereka yang sedang berpesta di jalan raya.



Pada awalnya, perarakan tersebut, yang bertujuan memberi peluang kepada pasukan Argentina memperagakan trofi Piala Dunia kepada penyokong, dijadual berlangsung selama lapan jam.



Namun, kehadiran ratusan ribu orang yang membanjiri jalan raya memaksa pihak berkuasa membatalkan rancangan asal.



Jurucakap presiden, Cik Gabriela Cerruti, berkata:



"Adalah mustahil untuk meneruskan perarakan di jalan raya kerana terlalu banyak orang yang hadir."



Video yang dikongsi di media sosial menunjukkan penyokong memanjat bas sementara ada yang terjun dari jambatan ke dalam bas.



Seorang penyokong dilihat terjatuh ke jalan raya.



Pemerintah Argentina telah mengisytiharkan kelmarin sebagai hari cuti umum di negara itu untuk mengiktiraf pencapaian Messi dan rakan sepasukan mengatasi Perancis menjadi juara dunia.



Media di negara itu menganggarkan sekitar empat juta penyokong telah berhimpun untuk menyaksikan wira bola sepak mereka diarak.



Sejurus tiba di Argentina dari Qatar pada dini hari kelmarin, pemain Argentina berangkat dari pusat latihan Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) dalam perjalanan lebih 20 kilometer ke Buenos Aires.



Perarakan itu dijadual berakhir di monumen Obelisk di ibu kota Argentina itu, di mana ratusan ribu penyokong telah berhimpun sejak hari sebelumnya.



Namun, pasukan keselamatan tidak membenarkan bas membawa pemain itu meneruskan perjalanan ke Plaza de la Republica - di mana monumen Obelisk berada - selepas memerhatikan perbuatan keterlaluan beberapa penyokong.



"Saya mohon maaf kepada semua penyokong, bagi pihak juara Piala Dunia kami," kata presiden AFA, Encik Chiqui Tapia.



Penyokong Argentina di kawasan sekitar monumen Obelisk, kebanyakannya memakai baju berwarna biru putih dan mengibarkan bendera negara.



Ada juga yang membawa kain rentang dengan gambar Messi dan ikon bola sepak negara itu, Diego Maradona, yang memimpin pasukan nasional memenangi Piala Dunia 1986.



Ribuan lagi, menaiki kenderaan sendiri cuba mengikuti bas dalam perjalanan ke ibu kota.



"Suasana begitu meriah dan bak gila-gila," kata Matias Gomez, 25 tahun.



"Kami berasa begitu gembira... hari ini tiada ruang untuk bersedih di Argentina."



Messi, yang kini boleh dianggap antara pemain terbaik dalam sejarah bola sepak, dilihat duduk di tengah-tengah rakan sepasukan di tingkat atas bas.



Awal dari itu, beliau telah menerbitkan gambar di media sosial yang menunjukkan beliau tidur dengan trofi Piala Dunia.



Argentina telah berpesta sejak dini hari Ahad, apabila pasukan bola sepak nasional memenangi perlawanan akhir dengan Perancis melalui tendangan penalti, mengakhiri penantian 36 tahun untuk menjulang trofi Piala Dunia.



Ini adalah trofi Piala Dunia yang ketiga bagi Argentina, dan kesudahan penglibatan Messi, 35 tahun dalam Piala Dunia yang terbaik, dengan pemain itu berkata beliau tidak menjangka terus beraksi sehingga Piala Dunia 2026 nanti. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >