Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kalidou Koulibaly sertai Al-Hilal, pemain dari liga Eropah terkini pindah ke Saudi

Jun 26, 2023 | 04:27 PM



LONDON: Kalidou Koulibaly merupakan pemain bola sepak terbaru yang akan bermain di Arab Saudi selepas pemain pertahanan Senegal itu melengkapkan perpindahannya dari Chelsea ke Al-Hilal dengan bayaran yang tidak didedahkan.


Bek tengah itu, 32 tahun, akan menyertai satu lagi pemain Liga Perdana England (EPL) di pasukan Liga Pro Saudi itu berikutan perpindahan pemain tengah Wolves, Ruben Neves, yang bernilai £47 juta ($69 juta).

Pemain tengah Chelsea, N’Golo Kante, juga telah bersetuju untuk menyertai juara Arab Saudi, Al-Ittihad, manakala penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy, akan melengkapkan perpindahannya ke Al-Ahli.

Koulibaly menyertai Chelsea dari Napoli pada Julai 2022 dengan menandatangani kontrak selama empat tahun.

Beliau tiba di kelab London itu selepas membantu Napoli memenangi Piala Italy pada 2020, serta membantu Senegal merangkul Piala Negara–negara Afrika pada 2022.

Tetapi Koulibaly bermain hanya 32 perlawanan untuk Chelsea dalam semua pertandingan, menjaringkan dua gol dalam 23 penampilan EPL.

“Dari perlawanan pertama saya hingga terakhir, ia adalah satu penghormatan untuk memakai baju kelab Chelsea.

“Musim lalu bukanlah musim yang kami jangkakan, tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat dan semua orang di kelab atas sokongan mereka,” kata Koulibaly di Twitter.

Chelsea tidak mendedahkan bayaran Al–Hilal untuk membeli Koulibaly, namun laporan mencadangkan ia mungkin sebanyak £20 juta.

Ketibaan Koulibaly di Arab Saudi mengikuti trend terkini iaitu perpindahan pemain kelab Eropah ke Arab Saudi.

Ia bermula dengan perpindahan Cristiano Ronaldo dari Manchester United ke Al-Nassr pada Januari 2023.

Penyerang Real Madrid, Karim Benzema, juga telah berpindah ke Al-Ittihad pada penghujung musim, manakala pemain Arsenal, Thomas Partey, dan pemain Manchester City, Bernardo Silva, telah dikaitkan dengan perpindahan ke Arab Saudi sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Trend itu sejajar dengan cita–cita Liga Pro Saudi untuk menjadi salah satu daripada lima liga terbaik dunia.

Ia juga menyusuli keputusan oleh Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi, yang memiliki Newcastle United, untuk mengambil alih empat kelab terkemuka di negara itu pada Jun.

Terdapat ketidakpastian sama ada PIF terlibat dalam penjualan Chelsea pada Mei 2022.

Namun, terdapat empat pemain kelab itu yang akan menyertai Liga Pro Saudi menjelang akhir musim panas, dengan pemain sayap Maghribi, Hakim Ziyech, turut dikaitkan dengan perpindahan.

Perpindahan pemain–pemain tersebut adalah sebahagian daripada proses yang lebih luas yang berlaku di balik tabir di Stamford Bridge ketika pengurus baru, Mauricio Pochettino, membentuk semula pasukannya.

Dua lagi pemain Chelsea, Kai Havertz dan Mateo Kovacic, masing-masing dijangka menyertai Arsenal dalam perjanjian bernilai £65 juta dan Manchester City untuk £30 juta.

Pembinaan semula Chelsea turut menyaksikan ketibaan penyerang Perancis, Christopher Nkunku dari RB Leipzig, manakala penyerang Senegal dari Villarreal, Nicolas Jackson, dilaporkan menjalani pemeriksaan kesihatan di London hujung minggu ini sebelum melengkapkan perpindahannya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >