Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kanak-kanak main sambil belajar lindung diri dari panahan matahari

Nov 3, 2025 | 6:00 PM
Anessa Sunshine Project, bola sepak, Hassan Sunny.
Pemain bola sepak veteran dan penjaga gawang Albirex Niigata, Hassan Sunny, hadir di Projek Anessa Sunshine di Stadium Jurong East pada 2 November, untuk berkongsi pengalamannya bersama kanak-kanak. - Foto ANESSA

Kegiatan luar bukan sahaja menyeronokkan tetapi merupakan pemangkin dalam pembangunan jasmani, kreativiti, pertumbuhan kognitif dan kejayaan akademik.

Bagaimanapun, di banyak negara, kanak-kanak berdepan dengan sekatan yang menghalang mereka daripada menikmati manfaat kegiatan luar.

Menyedari perkara ini, jenama produk yang melindungi kulit daripada matahari, Anessa, memperkenalkan satu inisiatif sejagat,Anessa Sunshine Project’, yang meneroka cabaran seharian apabila kanak-kanak keluar bermain di luar.

Sekali gus, program ini menyediakan huraian relevan bagi menggalak kesejahteraan menyeluruh kanak-kanak dengan memastikan mereka terlindung daripada panahan cahaya matahari berlebihan, kata kenyataan media Anessa Sunshine Projects pada 2 November.

Sekitar 150 kanak-kanak Singapura terlibat dalam Projek Anessa Sunshine, anjuran bersama jenama itu, Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA), dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), yang berlangsung di Stadium Jurong East pada 2 November.

Beberapa sesi latihan bola sepak yang dipimpin jurulatih yang menjalani latihan JFA diadakan dengan beberapa sesi interaktif mengenai keselamatan ketika berjemur di bawah cahaya matahari.

Teras program tahun ini (2025) merupakan Makmal Mentari Anessa atau ‘Anessa Sunshine Lab’, di mana sesi bilik darjah berubah, dengan matahari dianggap sebagai guru kanak-kanak ini.

Menyedari betapa kanak-kanak Singapura begitu teruja untuk belajar secara semula jadi, sesi Makmal Mentari Anessa ini diperkenalkan untuk mendekati kanak-kanak menerusi pembelajaran tersusun lagi interaktif yang menggabungkan pendidikan dan permainan.

Sambil didorong rasa ingin tahu mereka, kanak-kanak ini diajar tentang bahaya sinar ultralembayung (UV) berlebihan, sambil menikmati permainan sihat di luar rumah.

Pemain bola sepak veteran Singapura, Hassan Sunny, turut hadir dalam sesi tersebut untuk berkongsi perjalanan peribadinya di atas dan di luar padang.

“Bermain di luar rumah ketika saya kecil mengajar saya tentang disiplin, keyakinan dan keteguhan semangat,” kongsi Hassan, yang kini penjaga gawang utama di kelab Liga Perdana Singapura (SPL), Albirex Niigata.

“Inisiatif seperti Projek Anessa Sunshine sangat penting bagi menyediakan peluang untuk kanak-kanak berkembang melalui sukan dan kegiatan luar.

“Saya berharap program ini boleh diperluaskan ke peringkat serantau supaya lebih ramai kanak-kanak dapat meraih manfaat daripada gaya hidup aktif dan sihat di luar,” kata Hassan.

Di Asia Tenggara, terutamanya Singapura, Malaysia, Filipina dan Thailand, peluang untuk kanak-kanak bermain di luar dipengaruhi beberapa faktor seperti gaya hidup, persekitaran, komitmen akademik, akses kepada ruang luar selamat yang terbatas dan haba yang keterlaluan, sehingga memaksa sesetengah kanak-kanak duduk di rumah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg