Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kane perlu jaring 11 gol lagi bagi samai rekod Lewandowski

Kane masih ada 9 perlawanan untuk jaring 11 gol bagi menyamai rekod atau 12 jaringan untuk atasi rekod Lewandowski
Mar 17, 2024 | 5:30 AM
Selepas jaringan hatriknya pada 9 Mac semasa Bayern membelasah Mainz 8-1 (gambar kanan), jumlah gol yang dijaring Kane adalah  30 gol dalam 25 perlawanan. Ini bermakna Kane telah jaringkan 1.2 gol bagi setiap perlawanan Bayern yang melibatkannya dalam musim ini.
Selepas jaringan hatriknya pada 9 Mac semasa Bayern membelasah Mainz 8-1 (gambar kanan), jumlah gol yang dijaring Kane adalah 30 gol dalam 25 perlawanan. Ini bermakna Kane telah jaringkan 1.2 gol bagi setiap perlawanan Bayern yang melibatkannya dalam musim ini. - Foto-foto EPA-EFE

MUNICH: Apabila Harry Kane menjaringkan gol ke-22 dalam 16 perlawanan Bundesliga pertamanya musim ini, beliau menyamai jumlah jaringan yang pernah dicatat Robert Lewandowski di peringkat itu bagi musim 2020 hingga 2021.

Pada masa itu Lewansdowski, yang merupakan penyerang Bayern Munich, mengakhiri musim tersebut dengan 41 jaringan dalam Bundesliga.

Selepas jaringan hatriknya pada 9 Mac semasa Bayern membelasah Mainz 8-1, jumlah gol yang berjaya dihasilkan Kane adalah sebanyak 30 gol dalam 25 perlawanan.

Ia hanya enam gol kurang berbanding Lewandowski dalam bilangan perlawanan yang sama semasa musim 2020 hingga 2021 itu.

Namun peluang pemain antarabangsa itu mengatasi rekod jaringan pemain asal Poland itu kelihatan cerah dalam dua bulan mendatang.

Sebab pertama: Lewandowski mencapai jumlah gol itu selepas bermain 29 kali (daripada 34 perlawanan), sementara Kane meraih 30 gol dalam 25 perlawanan musim ini.

Ini bermakna Kane masih mempunyai sembilan lagi perlawanan untuk menjaringkan 11 gol bagi menyamai rekod Lewandowski atau 12 jaringan untuk mengatasi rekod Lewandowski.

Berdasarkan jumlah gol yang dijaringkan sejauh ini, Kane berupaya mencapainya bersama Bayern.

Jaringan 30 gol dalam 25 perlawanan bermakna Kane telah jaringkan 1.2 gol bagi setiap perlawanan Bayern yang melibatkannya dalam musim ini.

Sebab kedua: Bayern telah menunjukkan permainan baik di hadapan gawang lawan dalam musim kali ini.

Bayern mungkin sukar menjulang Bundesliga kali ini, apatah lagi kini berada di kedudukan kedua dan tujuh mata di belakang pendahulu liga, Bayer Leverkusen.

Namun Bayern dalam musim kali ini boleh dianggap setanding dengan Bayern yang pernah menampilkan pemain handalan seperti Gerd Muller (40 gol dalam musim 1971 hingga 1972) dan semasa Lewandowski bersamanya.

Bayern pada ketika itu dianggar menjaringkan 2.97 gol (1971 hingga 1972) dan 2.91 gol (2020 hingga 2021) bagi setiap perlawanan sepanjang 34 perlawanan kempen Bundesliga.

Selepas kemenangan 8-1 mereka ke atas Mainz, Bayern kali ini dianggar menjaringkan 2.92 gol.

Pada masa yang sama, Kane membentuk sekitar 41.1 peratus jaringan sejauh ini – tinggi sedikit berbanding Muller yang meraih 39.6 peratus, tapi kurang sedikit berbanding Lewandowski (41.4 peratus)

Meskipun Kane tiada hasrat memecahkan rekod Lewandowski, beliau diramal dapat berbuat demikian apatah lagi beberapa perlawanan yang bakal menjelang dijangka dimenangi dengan mudah oleh Bayern.

Antaranya bertemu pasukan Darmstadt yang kini di tangga tercorot, selain dua pasukan di tangga bawah juga – Heidenheim dan Cologne.

Sebelum ini Lewandowski memang dianggap penyerang luar biasa.

Semasa musim 2020 hingga 2021, Lewandowski yang kini menyarung jersi Barcelona tidak dapat bermain dalam lima perlawanan – satu akibat kesalahan di padang dan empat akibat kecederaan.

Sejauh ini peranan Kane di padang berbeza berbanding Lewandowski.

Pada musim 2020 hingga 2021, penguasaan Bayern dalam Bundesliga membenarkan Lewandowski bermain bebas untuk hanya menjaringkan gol dan beliau mendapat sokongan seluruh pasukannya ketika itu.

Lewandowski hanya menyumbang tujuh assist pada musim itu, sementara Kane pula telah menyumbang enam assist dengan sembilan lagi baki perlawanan dalam musim ini.

Kane, seperti yang pernah dikatakan pengurus pasukan, Thomas Tuchel, bukan penyerang biasa yang berpuas hati sekiranya pasukannya seri dalam perlawanan.

Sebaliknya Tuchel menganggap Kane sebagai penyerang yang tidak “lokek” dan bermain sebagai sebuah pasukan yang hanya menumpukan kepada kemenangan.

“Beliau lakukan segalanya. Bukan untuk jaringkan gol sahaja.

“Tapi saya perhatikan seolah-olah gol datang kepadanya,” kata Tuchel. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg