Kapten pasukan bola sepak wanita Iran tinggalkan Australia selepas terima tawaran suaka

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kapten pasukan bola sepak wanita Iran tinggalkan Australia selepas terima tawaran suaka

Mar 16, 2026 | 4:47 PM

Kapten pasukan bola sepak wanita Iran tinggalkan Australia selepas terima tawaran suaka

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
kapten, bola sepak, iran, australia, Zahra Ghanbari
Kapten pasukan bola sepak kebangsaan wanita Iran, Zahra Ghanbari, telah meninggalkan Australia selepas ditawarkan suaka. - Foto: REUTERS

SYDNEY: Kapten pasukan bola sepak wanita Iran telah menarik balik permohonan suakanya di Australia, kata media pemerintah Iran, menjadikannya anggota kelima delegasi yang berubah fikiran selepas penyertaan dalam Piala Asia.

Zahra Ghanbari akan berlepas daripada Malaysia dan menuju ke Iran dalam beberapa jam akan datang, kata agensi berita IRNA pada 15 Mac.

Tiga pemain dan seorang kakitangan bilik belakang telah menarik balik permohonan suaka mereka dan pergi ke Malaysia selepas berlepas daripada Australia.

Menteri Ehwal Dalam Negeri Australia, Encik Tony Burke, berkata negaranya telah menawarkan suaka kepada semua pemain dan kakitangan sokongan sebelum pemergian mereka kerana bimbang mereka mungkin akan dihukum sebaik sahaja pulang ke tanah air selepas pasukan itu enggan menyanyikan lagu kebangsaan Iran di kejohanan itu.

Agensi penyiar pemerintah Iran, IRIB, melaporkan pada 14 Mac bahawa mereka telah “berputus asa dengan permohonan suaka mereka di Australia dan kini sedang menuju ke Malaysia”.

Berita itu disahkan oleh Encik Burke beberapa jam kemudian.

“Semalaman, tiga anggota pasukan bola sepak wanita Iran membuat keputusan untuk menyertai seluruh pasukan dalam perjalanan pulang ke Iran,” kata Encik Burke.

Lima pemain menerima tawaran itu dan menandatangani dokumen imigresen minggu lalu, dengan seorang lagi pemain dan seorang kakitangan menyertai mereka sehari kemudian.

Ia meninggalkan dua pemain Iran di Australia yang telah dijanjikan suaka dan peluang untuk menetap.

Iran bermain tiga perlawanan kumpulan Piala Asia di Stadium Gold Coast di Queensland pada 2, 5 dan 8 Mac, selepas Amerika Syarikat dan Israel melancarkan perang mereka ke atas Iran pada 28 Februari.

Selepas enggan menyanyikan lagu kebangsaan Iran pada perlawanan pertama mereka, pemain pasukan bola sepak wanita Iran dilabel sebagai “pengkhianat” oleh seorang penyampai IRIB.

Namun, dalam perlawanan kedua menentang Australia tiga hari kemudian, mereka bukan saja menyanyikan lagu kebangsaan, malah memberi tabik hormat - tanda mereka mungkin terpaksa mengubah pendirian selepas menerima reaksi balas daripada media Iran. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg