Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kapten Springboks: Final lawan All Blacks detik penting bagi Afrika Selatan

Jika Afrika Selatan kalahkan New Zealand, ia satu-satunya pasukan yang menang Piala Dunia Ragbi secara berturut-turut
Oct 28, 2023 | 05:30 AM



PARIS: “Saya tidak fikir dalam kehidupan ini, kami akan melalui pengalaman ini lagi. Kepentingan detik ini tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.”


Demikian kata-kata pemain flanker Afrika Selatan, Siya Kolisi, mengenai final Piala Dunia Ragbi antara pasukannya dengan New Zealand 2023.


New Zealand dan Afrika Selatan secara konsisten menguasai dunia ragbi selama berdekad lamanya.

Sejak 2007, sama ada All Blacks atau Afrika Selatan yang memenangi Piala Dunia Ragbi.

Dengan setiap pasukan itu mempunyai tiga kejuaraan dunia, termasuk empat kejuaraan dunia semuanya dibolot dua negara ini, tiada negara lain lebih berjaya dalam ragbi daripada mereka.

Dinihari ini (4 pagi waktu Singapura), salah satu daripada negara ini akan terabadi dalam sejarah sebagai negara pertama memenangi kejuaraan keempat.

Jika Afrika Selatan mengalahkan All Blacks, mereka menjadi satu-satunya pasukan yang memenanginya berturut-turut.

Pertempuran itu juga adalah perlawanan antara dua pasukan paling atas dalam ranking dunia, yang bermakna ia adalah penentu pasukan terulung dunia.

“Itulah sebabnya perlawanan ini begitu istimewa dengan semua sejarah dikaitkan dengannya.

“Semua pertempuran dan sejarah yang terabadi selamanya dalam kisah ragbi dunia melibatkan dua pasukan ini dan kini kami berpeluang sekali lagi menambah kepada kekayaan sejarah itu,” kata Kolisi.

“Saya tidak fikir dalam kehidupan ini, kami akan melalui pengalaman ini lagi... Itulah sebabnya begitu ramai rakyat dan penyokong Afrika Selatan menyokong kami dengan penuh harapan.”

Setelah menjulang Piala Webb Ellis pada 2019 dengan kemenangan 32-12 ke atas England, Kolisi meletakkan matlamat mencontohi legenda All Blacks, Richie McCaw, yang menjadi pemain pertama menjulang trofi itu dua kali berturut-turut pada 2011 dan 2015.

Namun, Kolisi, 32 tahun, memberi penghormatan kepada New Zealand, sambil berkata ramai orang di Afrika Selatan melihat pasukan All Blacks sebagai sumber inspirasi.

“Mereka menjadi yang terbaik di dunia sejak sekian lama, tetapi kami juga sebuah negara yang berjaya dalam ragbi,” tambah kapten Springboks itu.

“Pada mata saya, ia adalah saingan terbesar dalam sejarah ragbi dan saya sentiasa bertuah dan berbesar hati menjadi sebahagian daripada permainan seperti ini.

“Beraksi dengan All Blacks dalam perlawanan akhir Piala Dunia Ragbi – nombor satu lawan nombor dua, ia adalah besar.”

Meskipun menguasai dunia ragbi, Springboks dan All Blacks hanya bertemu satu sama lain sekali dalam perlawanan akhir, iaitu pada 1995, ketika Kolisi berusia empat tahun.

Afrika Selatan memenangi perlawanan di padang sendiri di Johannesburg itu dengan jaringan Joel Stransky pada masa tambahan memastikan kemenangan ikonik tersebut membantu menyatukan negara itu selepas berakhirnya era aparteid.

“Pada 1995 adalah tahun amat penting kerana ia mengubah banyak kehidupan untuk ramai orang. Begitu ramai yang kehilangan nyawa mereka untuk memastikan warga seperti saya menikmati kebebasan dan membolehkan saya menyarung jersi ini,” ujar Kolisi.

Bekas tahanan politik, Nelson Mandela, menjadi presiden yang menyaksikan penyatuan sebuah negara. Beliau menyampaikan trofi itu kepada kapten Francois Pienaar – imej yang tercatat dalam sejarah sebagai lambang pembaharuan dalam sejarah Afrika Selatan.

“Ia satu perkara yang menyatukan kami, 62 juta orang dari negara tercinta ini.

“Kami boleh meletakkan senyuman pada wajah-wajah mereka, tetapi tidak semestinya dengan kemenangan sahaja, sebaliknya menerusi usaha dan komitmen kami di padang, dan cara kami mewakili negara kami di luar padang,” ujar Kolisi lagi.

Peluang untuk sekali lagi memberi inspirasi kepada negara, seperti pada 2019, menguasai pemikiran Kolisi dan telah beliau impikan pada saat beliau menjulang trofi sebagai kapten kulit hitam pertama Springboks.

Kebangkitan Kolisi – daripada keluarga miskin yang tidak mampu membelikannya kasut untuk ke sekolah – hingga mencapai kehebatan sebagai ikon sukan telah pun menjadi kisah inspirasi Afrika Selatan.

“Saya tidak melihat diri saya sendiri bagaimana orang lain melihat saya,” katanya.

“Saya seorang bapa dan suami kepada isteri saya dan rakan kepada rakan sepasukan saya yang saya pergi bekerja setiap hari.

“Adalah tanggungjawab saya untuk menggunakan peluang dan platform ini untuk memberikan segala yang saya mampu kerana ramai orang akan memberikan segala-galanya untuk berada di tempat saya sekarang.

“Saya suka apa yang saya lakukan tetapi saya tidak melihat diri saya sebagai ikon,” ujarnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >