Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kean Yew dicalon antara tiga pemain badminton terbaik dunia

Nov 30, 2022 | 08:12 PM



PEMAIN badminton nombor tiga dunia, Loh Kean Yew, telah disenarai pendek sebagai salah seorang daripada tiga calon bagi anugerah pemain lelaki terbaik Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) tahun ini.



Kebetulan, kesemua pemain lelaki perseorangan dalam kedudukan tiga tertinggi di dunia itu telah dicalonkan bagi anugerah itu.



Warga setempat, Loh, juara dunia 2021, disenarai pendek bersama juara kini dan nombor satu dunia Viktor Axelsen dari Denmark, serta pemain nombor dua dunia dan juara Asia dari Malaysia, Lee Zii Jia, lapor The Straits Times (ST). 



BWF mendedahkan senarai pendek Anugerah Pemain Terbaik itu Isnin lalu dan menyatakan bahawa calon-calon dipilih berdasarkan prestasi mereka dari November 2021 hingga Oktober 2022.



Pemenang akan dipilih oleh Suruhanhaya Anugerah BWF dan hadiah tersebut akan diberikan semasa majlis jamuan malam Final Jelajah Dunia BWF di Bangkok pada 5 Disember nanti.



Dalam satu hantaran Instagram, Loh dengan seloroh berkata bahawa beliau ingin mengundi untuk dirinya sendiri.



Namun menjawab pertanyaan ST, Loh berkata: “Saya berbesar hati apabila dinamakan sebagai salah seorang calon BWF.”



“Tidak kira keputusannya, pencalonan itu adalah satu pengiktirafan ke atasa kerja keras dan keputusan yang harus saya ambil sepanjang 12 bulan yang lalu. Ia bukan sesuatu yang saya boleh ambil mudah dan saya akan terus berusaha memperbaiki setiap aspek pada permainan saya.



Menurut Loh, beliau telah melakukan yang terbaik untuk menyiapkan dirinya bagi Final Jelajah Dunia ini sejak dua minggu lalu dan berharap dapat melakukan yang terbaik di Bangkok nanti.



Anugerah BWF itu mengiktiraf pencapaian pemain elit yang berupaya dan kurang upaya dalam lapan kategori.



Ini pertama kali seorang pemain Singapura tersenarai dalam senarai pendek itu. 



Namun, Loh juga sudah beberapa kali melakar sejarah. 



Ketika tempoh penilaian, Loh telah memenangi Terbuka Hylo di Jerman dan juga berjaya meletakkan diri beliau ke peringkat akhir pertandingan Terbuka Indonesia pada November tahun lalu.



Beliau kemudian mengejutkan pemain badminton yang lain dengan menjadi warga Singapura pertama men juarai Kejohanan Sedunia pada Disember lalu.



Pencapaiannya menyaksikan Loh dinamakan sebagai pemain terbaik dalam beberapa anugerah tahun ini seperti Pemain Sukan Terbaik Singapura, Pemain Kesatuan Badminton Singapura Terbaik serta Atlet Terbaik The Straits Times



Meskipun Loh belum lagi mencapai sebarang kejohanan tahun ini, belia berusia 25 tahun itu berpuas hati terhadap prestasinya yang konsisten apabila beliau berjaya sampai ke tahap suku akhir sebanyak 12 daripada 16 pertandingan individu yang telah disertainya.



Lapan daripada 12 pertandingan peringkat suku akhir yang beliau dapat capai merupakan acara Jelajah Dunia BWF.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >