Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KEJOHANAN BADMINTON SEDUNIA

Kean Yew kandas di suku akhir

Jaguh SG gagal pertahan gelaran juara dunia; tewas kepada lawan dari Thai
Aug 27, 2022 | 05:30 AM



KEMENANGAN yang diharapkan tidak berlaku dan impian Loh Kean Yew untuk mempertahankan kejuaraan dunia yang dimenanginya tahun lalu punah-ranah di peringkat suku akhir.



Loh, yang mencipta sejarah tahun lalu sebagai warga Singapura pertama menjadi juara dunia, tersingkir dari edisi kejohanan tahun ini selepas beliau tewas 21-12, 17-21, 21-8 kepada Kunlavut Vitidsarn dari Thailand di Metropolitan Gymnasium di Tokyo, Jepun, semalam.



Ini bermakna Kunlavut, yang menduduki ranking ke-17 di dunia, mara ke separuh akhir di mana beliau akan bertemu warga China Zhao Junpeng - pemain nombor ke-23 di dunia - untuk merebut tempat di final.



Separuh akhir kedua akan ditandingi oleh Chou Tien-chen dari Taiwan dengan Sinisuka Ginting dari Indonesia atau juara Olimpik, Viktor Axelsen dari Denmark.



Sebelum ini, Kunlavut, 21 tahun, telah menewaskan Loh - pemain nombor kelapan di dunia - di final perseorangan lelaki di Sukan SEA pada Mei lalu.



Perlawanan itu diingati kerana Kunlavut menunjukkan kesabaran dan tahap ketenangan yang melebihi usianya untuk memaksa Loh melakukan beberapa kesilapan.



Semalam, Kunlavut sekali lagi menggunakan taktik sedemikian, bermain secara sabar dan mengundang lawannya membuat kesilapan demi kesilapan.



Kunlavut juga pantas dan mampu mempertahankan seluruh gelanggang, membuatnya sukar menggugurkan mata.



Bagi menangani strategi ini, Loh membuat pukulan lebih jauh ke kededua penjuru gelanggang tetapi kerap kali bola tangkis jatuh di luar petak gelanggang.



Namun, selepas tewas dalam set pertama, Loh, 25 tahun, bak mengabaikan strategi ini dan mula mengasak lawannya itu dalam set kedua sehingga beliau mendahului 17-6.



Pada saat itu, Kunlavut juga berjaya melengahkan kebangkitan Loh apabila beliau menyelamatkan enam mata kemenangan sebelum kecundang.



Namun, Kunlavut menunjukkan beliau mempunyai tahap kecergasan lebih tinggi dan lebih berdaya tahan dalam set penentuan.



Beliau berjaya menyelamatkan beberapa pukulan smash yang dilakukan Loh dan memaksa pemain itu bersaing dengan rally yang berpanjangan - ada yang berlanjutan sehingga 59 pukulan - sebelum akhirnya muncul sebagai pemenang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >