Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BADMINTON

Kean Yew lompat ke tangga ke-9 senarai dunia

Jaguh SG gembira berada dalam kelompok 10 pemain terbaik dunia, berazam terus tunjuk kemajuan, perbaiki kedudukan
Feb 23, 2022 | 05:30 AM



SELEPAS menembusi kelompok 10 pemain perseorangan lelaki terbaik dunia buat pertama kali, jaguh badminton nombor satu Singapura dan juara dunia, Loh Kean Yew, berasa gembira namun belum berpuas hati dengan pencapaiannya.



Dalam ranking Persekutuan Sedunia Badminton (BWF) yang dikeluarkan semalam, beliau naik tiga anak tangga untuk menghuni kedudukan nombor sembilan dunia.



Ranking baru ini adalah hasil mata yang diraih daripada menjadi sebahagian pasukan Singapura yang memenangi pingat gangsa di Kejohanan Berpasukan Asia Badminton (BATC) minggu lalu.



Beliau juga merupakan pemain Singapura yang ke-10 untuk menembusi senarai kelompok 10 pemain teratas badminton sejak bekas srikandi negara, Zarinah Abdullah, melonjak ke tangga ketiga dunia pada 1994.



Pemain perseorangan lelaki tertinggi negara ialah Ronald Susilo, yang menduduki tangga keenam dunia pada 2004.



Kali terakhir mana-mana pemain badminton tempatan berjaya masuk dalam kelompok 10 pemain terbaik adalah ketika dua beregu campuran Danny Bawa Chrisnanta dan Vanessa Neo menduduki tangga kesembilan pada 2013.



Loh memberitahu The Straits Times: "Ia rasa hebat untuk masuk dalam kelompok 10 pemain terbaik sebab ia adalah salah satu matlamat saya. Tapi, sekarang saya di sini, saya tidak mahu berhenti di sini.



"Saya mahu mencapai lebih banyak lagi. Ia bukan mudah, dan saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang, tapi sudah tentu saya mahu menang seberapa banyak perlawanan dan menaiki ranking setinggi yang mungkin, dan terus memperbaiki setiap aspek permainan.



"Saya mahu menjangkaui batas saya sendiri dan menjadi lebih baik daripada sebelumnya."



Pemain berusia 24 tahun itu menikmati siri persembahan yang mantap sejak menjalani tempoh latihan selama sebulan bersama pemain nombor satu Denmark dan juara Sukan Olimpik, Viktor Axelsen, di samping pemain lain dalam kelompok 60 pemain terbaik, sepanjang Ogos dan September lalu.



Loh menghuni ranking ke-40 pada ketika itu, tetapi menamatkan kemarau kejuaraannya selama dua tahun di kejohanan peringkat bawahan Terbuka Belanda pada Oktober lalu, diikuti dengan gelaran Super 500 Jelajah Dunia BWF di Terbuka Hylo di Jerman pada November lalu, sebelum meraih kejayaan Kejohanan Dunia yang menakjubkan di Sepanyol pada Disember lalu.



Bagi pemain yang sudah biasa melepaskan pukulan smash yang melebihi 300 kilometer sejam (kmj) dan 'terbang' merata gelanggang untuk mendapatkannya, malah beliau sendiri terkejut dengan betapa pantasnya beliau dapat melompat dalam ranking dunia.



Loh berkata: "Sememangnya, ini berlaku lebih pantas daripada yang saya jangkakan. Buat seketika, saya hanya ghairah dapat bermain di kejohanan bertahap tinggi dan mencabar pemain terbaik lain... tetapi kini saya berada dalam kelompok 10 pemain teratas."



Walaupun ia kelihatan seperti beliau terus memaparkan prestasi cemerlangnya - melangkah ke final Terbuka India Super 500 pada Januari lalu dan membantu Singapura memenangi pingat bersejarah BATC bulan ini - Loh kini menetapkan matlamat yang lebih tinggi pada dirinya, dengan beliau menjadi pengkritik terbesar pada persembahannya baru-baru ini.



"Sepanjang kejohanan ini, saya masih tidak cukup konsisten... sesuatu yang saya sedang cuba memperbaiki. Saya ada hari baik dan hari buruk... saya mahu cuba dan membuat setiap hari (menjadi) hari yang baik," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >