Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BADMINTON

Kean Yew tersingkir di pusingan pertama All England

Mar 16, 2023 | 05:30 AM



RENTAK permulaan agak perlahan yang dialami pemain badminton negara, Loh Kean Yew, bagi tahun ini berterusan dengan kekalahan keenam dalam 12 perlawanan.



Beliau tewas kepada pemain nombor 13 dunia dari China, Zhao Junpeng, dengan mata 16-21, 21-16, 7-21 dalam pusingan pembukaan acara perseorangan lelaki Terbuka All England pada Selasa.



Ini merupakan kekalahan kedua bagi pemain nombor lapan dunia itu menentang Zhao - mereka telah berhadapan sebanyak lima kali.



Kekalahan ini menyusuli kekalahan beliau di tangan Kenta Nishimoto, pemain yang berada pada kedudukan ke-15 Jepun, dalam pusingan kedua Terbuka Jerman.



Bercakap kepada akhbar The Straits Times, Loh, 25 tahun berkata: "Banyak perkara yang tidak kena (pada) hari ini.



"Saya sedia maklum saya tidak berada dalam keadaan terbaik, tetapi kekalahan atau kemenangan adalah perkara biasa bagi seorang atlet.



"Saya lebih mementingkan prestasi saya daripada (rentak) permulaan perlahan."



Loh menambah banyak perkara yang masih perlu beliau lakukan dan "perlukan masa untuk bangkit semula", tetapi tidak pasti tempoh yang diperlukan.



Beliau turut tewas pada pusingan pertama Terbuka All England 2022 tetapi berjaya mengecapi kedudukan pemain dunia nombor ketiga pada tahun yang sama - kedudukan tertinggi yang pernah disandang Loh.



Namun ia jelas bahawa Loh masih mencari rentak permainan sebenar sejak memenangi kejohanan dunia pada 2021 kerana beliau masih mencari kejohanan pertama sejak pencapaian bersejarah itu.



Pengarah teknikal Persatuan Badminton Singapura (SBA), Martin Andrew, akur Loh sedang berdepan dengan cabaran mempertingkat prestasi, tetapi beliau tidak terlalu bimbang, walaupun tempoh kelayakan bagi Olimpik dibuka pada Mei.



"Senarai Kedudukan Paris" - berasingan daripada kedudukan dunia - akan digunakan untuk memberikan tempat kuota dalam lima acara bagi temasya Olimpik, dan setiap senarai adalah berdasarkan keputusan yang dicapai dari 1 Mei 2023 hingga 28 April 2024.



Andrew berkata: "(Loh) membuat terlalu banyak kesilapan, kebanyakannya (dibuat) walaupun tanpa terlalu banyak tekanan.



"Pada masa ini, beliau mendapati ia sukar untuk menukar pelan permainan secara taktikal sambil menyepadukan perkara yang kami usahakan semasa latihan.



"Kami sedang mengusahakan beberapa perkembangan pada permainannya, yang mengambil masa bagi dilaksanakan dalam perlawanan, tetapi ini masa yang sesuai untuk melakukan perkara ini sebelum kami melangkah ke tempoh kelayakan Olimpik."



Selain Loh, warga Singapura lain yang bertanding dalam kejohanan kali ini yang diadakan di Birmingham termasuk Yeo Jia Min, yang menentang pemain China, Han Yu, dalam perseorangan wanita.



Terry Hee dan Jessica Tan pula berdepan dengan Supak Jomkoh dan Supissara Paewsampran dari Thailand dalam acara beregu campuran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >