Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Kecederaan Elliott bayangi kemenangan Liverpool, Ronaldo gegar Old Trafford

Sep 14, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Hujung minggu pertama bagi Liga Perdana England (EPL) yang bermula dengan kemunculan kedua Cristiano Ronaldo yang dinanti-nantikan dalam jersi Manchester United berakhir dengan adegan yang mengerikan di Elland Road Semalam.



Pemain muda Liverpool Harvey elliott dilihat merintih kesakitan dan terpaksa diusung keluar selepas mengalami kecederaan buku lali dalam separuh masa kedua perlawanan dengan Leeds United.



Jurgen Klopp yang dilihat amat sedih berkata pemainnya itu sedang mengalami kesakitan teruk.



Pascal Struijk, pemain pertahanan Leeds yang terlibat dalam insiden itu dilayang kad merah.



Klopp berkata buku lali Elliott terkehel teruk semasa bertemu media di akhir perlawanan di Elland Road yang dimenangi Liverpool 0-3 itu.



"Kami akan menyesuaikan cara permainan kami tanpa beliau. Tapi kami juga akan menanti sehingga beliau kembali kerana beliau adalah pemain yang handal," kata Klopp.



Elliott, yang mula bermain bola sepak dengan Akademi Fulham menerbitkan pesanan di Instagram lewat semalam, dan berkata beliau beransur pulih.



Dalam kenyataannya, Liverpool berkata pemain itu telah dibenar keluar dari hospital, tetapi harus menjalani pembedahan dalam beberapa hari lagi.



"Harvey, keluarganya, dan Liverpool FC ingin merakamkan penghargaan kepada paramedik dan staf di Hospital Besar Leeds kerana memberikan jagaan dan rawatan baik kepadanya," kata kelab itu dalam kenyataannya.



Pengurus Leeds Marcelo Bielsa berkata beliau amat kesali apa yang berlaku kepada pemain Liverpool yang muda itu.



"Saya berharap ia tidak berlaku. Perkara seperti ini begitu menyedihkan, terutama apabila ia berlaku kepada seorang pemain muda yang beraksi di tahap yang tertinggi.



"Namun saya yakin pemain saya tidak berhasrat mencederakannya. Beliau tidak berebut bola dengan hasrat untuk membahayakan pemain itu," kata Bielsa.



Dalam pada itu, perlawanan antara Manchester United dengan Newcastle berkesudahan seperti yang diharapkan bagi penyokong setianya di Old Trafford selepas Ronaldo menjaringkan dua gol untuk membantu anak didik Ole Gunnar Solskjaer mengatasi lawan 4-1.



Ronaldo, 36 tahun beraksi bak pemain lebih muda, tetapi dengan kebijaksanaan pemain yang matang untuk menonjol bola masuk bagi membuka tirai jaringan sejurus sebelum waktu rehat.



Beliau menggandakan jaringan pada awal separuh masa kedua, sebelum rakan senegaranya, Bruno Fernandes menyumbat gol ketiga dan Jesse Lingard menjaring gol keempat dalam masa kecederaan untuk menjamin kemenangan bagi United.



Kemenangan itu menghantar United ke puncak liga dengan 10 mata selepas empat perlawanan, sama dengan Chelsea dan Liverpool.



Perbezaan gol antara ketiga-tiga kelab itu adalah sama, iaitu lapan gol, tetapi United menduduki tangga teratas kerana menjaringkan lebih banyak gol.



Juara bertahan Manchester City, yang kalah mengejut kepada Tottenham Hotspurs pada hari pembukaan ketinggalan satu mata di tangga keempat.



Ia turut memenangi perlawanannya hujung minggu lalu, mengatasi Leicester City 1-0.



Dua lagi kelab Brighton dan Spurs juga mempunyai sembilan mata dan masing-masing menduduki tangga kelima dan keenam.



Spurs tewas mengejut 0-3 kepada Crystal Palace - kekalahan pertama musim ini, sementara Brighton menewaskan Brentford 0-1 di tempat lawan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >