Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Nigeria atasi Ivory Coast 1-0, Ghana dan Mesir seri 2-2

PIALA NEGARA AFRIKA 2023
Jan 19, 2024 | 03:39 PM



IVORY COAST: Nigeria mara selangkah ke arah suku akhir Piala Negara Afrika 2023 dengan kemenangan 1-0 ke atas tuan rumah Ivory Coast dalam Kumpulan A.


Detik utama perlawanan itu tiba pada minit ke-55 selepas Victor Osimhen dikasari Ousmane Diomande dalam kotak penalti Ivory Coast.

Ini membolehkan William Troost-Ekong menjaringkan gol melalui tendangan penalti.

Dengan sokongan penyokong mereka, Ivory Coast berusaha menyamakan kedudukan namun tidak berjaya disebabkan barisan pertahanan Nigeria yang kukuh.

Nigeria kini mengambil alih tempat kedua daripada Ivory Coast dalam Kumpulan A, dan hanya di belakang Equatorial Guinea, yang mengalahkan Guinea-Bissau 4-2 pada 18 Januari.

Ivory Coast mempunyai tiga mata selepas dua perlawanan dan kini perlu mengatasi Equatorial Guinea pada 23 Januari untuk memastikan mereka mara ke pusingan kalah mati.

Nigeria, yang mempunyai empat mata, yang mungkin cukup untuk mara ke suku akhir, akan menentang Guinea-Bissau pada 23 Januari dalam perlawanan terakhir Kumpulan A.

Peluang keemasan Osimhen tiba hanya selepas lapan minit perlawanan apabila beliau menerima hantaran Samuel Chukwueze tetapi percubaan penyerang Napoli itu terlepas sasaran.

Tidak sampai seminit kemudian, penjaga gawang Nigeria Stanley Nwabali menyelamatkan percubaan Christian Kouame.

Pemain pertahan Ivory Coast Evan Ndicka kemudian tidak dapat menendang dengan betul di kotak penalti, membolehkan Nwabali menyelamatkan percubaan itu dengan mudah.

Selepas permulaan penuh aksi, rentak perlawanan menjadi perlahan dan kedudukan 0-0 hanya berubah pada separuh masa kedua apabila gol tunggal perlawanan itu tiba selepas campur tangan Penolong Pengadil Video (VAR).

Sedang Osimhen masih cedera selepas dikasari Diomande, perlawanan diteruskan selama seminit hingga pengadil Mustapha Ghorbal diminta menyemak kejadian itu di skrin monitor.

Apabila sepakan penalti diberi, kapten Nigeria Troost-Ekong menjadi pilihan yang tidak dijangka untuk mengambil tendangan itu.

Tuan rumah tidak berjaya bangkit untuk menyamakan kedudukan, dengan percubaan Seko Fofana, Franck Kessie dan Ndicka semuanya tersasar.

Ini kekalahan pertama Ivory Coast kepada Nigeria di padang sendiri.

Ia bermakna Ivory Coast menjadi tuan rumah pertama kalah dalam sebuah perlawanan peringkat kumpulan Afcon dalam 18 perlawanan sejak 2012.

Empat perlawanan Afcon sudah berlangsung di Stadium Alassane Ouattara yang baru dibina di Abidjan, dengan beberapa lagi perlawanan, termasuk peringkat akhir, akan berlangsung di sini.

Pengurus kelab di Eropah mungkin risau melihat pemain mereka, yang bernilai berjuta-juta dolar, bermain di padang kering yang boleh meningkatkan risiko kecederaan.

Dalam Kumpulan B pula, Mohammad Kudus menjaringkan dua gol bagi Ghana tetapi Mesir bangkit untuk menyamakan kedudukan 2-2 di Abidjan pada 19 Januari.

Mesir sekarang kini sedang menantikan dengan risau tentang keterukan kecederaan pemain bintangnya Mohamed Salah, yang terpaksa dikeluarkan padang kerana cedera. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >