Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Salah cedera... Mesir patah sayap?

PIALA NEGARA AFRIKA 2023
Jan 19, 2024 | 12:07 PM
TERPAKSA DIKELUARKAN: Pemain sayap Mesir Mohamed Salah terduduk di padang semasa perlawanan menentang Ghana, sebelum terpaksa dikeluarkan.
TERPAKSA DIKELUARKAN: Pemain sayap Mesir Mohamed Salah terduduk di padang semasa perlawanan menentang Ghana, sebelum terpaksa dikeluarkan. - Foto EPA-EFE

IVORY COAST: Pemain sayap Mesir Mohamed Salah terduduk di padang semasa perlawanan menentang Ghana kejohanan Piala Negara Afrika 2023 pada 19 Januari.

Pemain utama Liverpool ini nampaknya mengalami kecederaan otot apabila beliau memegang kakinya selepas berlari.

Salah terpaksa dikeluarkan sebelum separuh masa pertama berakhir.

Perlawanan itu berakhir dengan seri 2-2.

Mesir sedang menanti dengan bimbang laporan mengenai keterukan kecederaan Salah, dengan harapan ia tidak teruk.

Jika Salah tidak dapat bermain lagi dalam kejohanan itu, ia akan menjadi satu kehilangan besar bagi Mesir.

Ia akan menentang Cape Verde pada 23 Januari, dan kehadiran Salah akan membantunya memenangi perlawanan itu dan mara ke peringkat seterusnya.

Liverpool juga pastinya risau mengenai kecederaan Salah – beliau penyerang yang sangat berharga kerana sering menjadi ancaman kepada lawan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg