Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kecewa, tapi atlet e-sukan Olimpik hargai peluang wakili negara

Siti Zhywee Ramle tersingkir di peringkat suku akhir acara Just Dance di Minggu E-Sukan Olimpik di S’pura kerana isu teknikal
Jun 30, 2023 | 04:04 PM



Apabila Siti Zhywee Ramle mula menceburi sukan tarian sebagai kegiatan riadah, beliau sama sekali tidak dapat membayangkan dirinya dipilih mewakili Singapura di pentas dunia pada usia 38 tahun.

Tetapi ibu dua anak itu mencapai matlamat itu dengan bertanding dalam kejohanan sukan tarian dalam Minggu E-Sukan Olimpik yang baru berakhir di sini.

Namun, pengalaman Siti Zhywee di kejohanan itu, yang berlangsung di Pusat Pameran dan Persidangan Suntec Singapura, dibayangi isu teknikal yang menyebabkan beliau tersingkir pada peringkat suku akhir.

Pertandingan tarian itu menggunakan permainan Nintendo Switch yang dipanggil Just Dance, di mana pesaing meniru persembahan tarian yang dimainkan melalui permainan itu.


Pemarkahan bagi pertandingan itu mempunyai dua bahagian. Dua mata diberi kepada pesaing yang mempunyai markah lebih tinggi yang dicatatkan dalam Just Dance. Selain itu, terdapat tiga pengadil yang masing-masing mempunyai satu mata yang mereka boleh beri kepada atlet pilihan mereka.


Pada suku akhir, pesaing Siti Zhywee, Joseph Cordero dari Amerika Syarikat, mengalami masalah teknikal dengan Nintendo Switch itu dan pertandingan terpaksa dimulakan semula.

Selepas ia dimulakan semula, markah Siti Zhywee yang dicatat dalam Just Dance adalah lebih tinggi.


Pengadil memberi satu mata kepada Siti Zhywee dan dua kepada Cordero, bermakna atlet Singapura itu sepatutnya menang 3–2.

Namun, pengacara kemudian mengisytiharkan pemarkahan yang dicatat oleh permainan Just Dance akan digugurkan.


Ia bermakna hanya markah pengadil akan dipertimbangkan. Hasilnya, Cordero mara ke separuh akhir.

Siti Zhywee dengan segera meminta penjelasan daripada seorang pegawai dan berlaku kekeliruan tetapi keputusan yang menamakan Cordero sebagai pemenang dikekalkan.

Mengulas tentang kejadian itu, Siti Zhywee, seorang pelatih kecergasan, berkata: “Jika saya kalah, saya mahu kalah secara adil… Itu perkara utama.

“Saya terkejut. Saya meminta penjelasan daripada pegawai selepas pertandingan apabila mereka memberitahu saya bahawa peraturan telah berubah…

“Namun, saya perlu menerima keputusan pengadil. Atas nama semangat kesukanan, saya masih sangat gembira untuk pesaing saya yang memenangi peringkat itu.”

Akhirnya, Dina Amandine Morisset dari Perancis menang manakala Cordero menjadi naib juara.

Menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) berkata:


“Pertandingan tarian dijalankan mengikut peraturan penerbit yang disahkan oleh persekutuan antarabangsa.”

Walaupun Siti Zhywee kecewa pertandingan itu berakhir dengan tengkarah, beliau bersyukur berpeluang bertanding.

“Saya masih suka permainan ini jadi saya akan terus bermain di rumah. Saya sentiasa menganggap diri saya sebagai pemain kasual.

“Keghairahan saya masih terletak pada industri kecergasan, tetapi saya akan menyepadukan Just Dance sebagai sebahagian daripada kegiatan riadah bersama anak-anak dan keluarga saya,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >