Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ATLET DALAM TUMPUAN

Kegagalan Maguire di United: Apa puncanya?

Aug 15, 2023 | 05:30 AM



MANCHESTER: Manchester United membayar £80 juta ($137 juta) untuk menjadikan Harry Maguire pemain pertahanan termahal di dunia pada 2019.


Empat tahun kemudian, beliau dijangka meninggalkan Old Trafford untuk ke West Ham dengan nilai pemindahan berharga £30 juta.

Ini selepas beliau dilepaskan daripada tanggungjawabnya selaku kapten pasukan dan menjadi pemain pilihan kelima benteng pertahanan pengurus kelab, Erik ten Hag.

Banyak yang telah berlaku sepanjang tempoh empat tahun ini dan pihak media menyingkap perjalanan beliau.

Musim panas 2019 – pemain pertahanan £80 juta

Pada masa itu, Manchester United bersedia untuk menjadikan Maguire pemain kedua termahal yang dibeli sebuah pasukan England, selepas Paul Pogba. Bekas pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer, menyatakan tentang kebolehan Maguire memahami permainan, kehadirannya yang kukuh dan ketenangannya menghadapi tekanan.

Ramai yang akur bahawa inilah ciri-ciri yang diperlukan United selepas kepimpinan Jose Mourinho dianggap menjadikan keadaan huru-hara, sementara Solskjaer gagal memimpin kelab tersebut ke Liga Juara-Juara.  

2019-2020 permulaan musim yang hebat 

Dalam tempoh tiga bulan setibanya dari Leicester City, Maguire menggalas tugas selaku kapten United. Kurang tiga bulan selepas itu, pemain asal England itu dijadikan kapten secara tetap menyusuli pemindahan Ashley Young ke Inter Milan.

Dalam proses membina semula United, Solskjaer memutuskan untuk meletakkan Maguire sebagai asas dan kapten. 

Ia memberi kesan.

United menamatkan musim pertama, yang terjejas dengan wabak selesema burung, di tempat ketiga.

Maguire memulakan setiap perlawanan dalam Liga Perdana England (EPL) dan benteng pertahanan United tampak kukuh.

Musim panas 2020 – insiden Mykonos 

Maguire telah dikenakan hukuman penjara 21 bulan dan 10 hari selepas didapati bersalah menyebabkan kecederaan, cuba memberi rasuah dan menggunakan kekerasan serta menghina pegawai awam di Greece.

Namun hukuman tersebut ditangguhkan dan rayuannya akan didengar sekali lagi di mahkamah pada 7 Februari 2024. 

Pada masa itu, Maguire memberitahu BBC Sport bahawa beliau khuatir tentang kehidupannya.


Beliau menegaskan bahawa dirinya tidak melakukan sebarang kesalahan.

2021 – kelemahan mula terdedah 

Kelemahan Maguire terdedah dan prestasi individunya yang merosot jelas terlihat menyusuli kekalahan 6-1 di padang sendiri kepada Tottenham pada Oktober 2020. Solskjaer menyatakan bahawa ia  “hari terburuk” buatnya sebagai pengurus. 

Sekitar 13 bulan kemudian, pada November 2021, Solskjaer dipecat selepas pretasi United begitu mengecewakan.

Ini termasuk kekalahan teruk di tangan musuh ketat mereka pada Oktober. Benteng pertahanan United tumpas 5-0 kepada Liverpool di Old Trafford. Ia masih dianggap baik kerana keputusan tidak menjadi lebih buruk.

Kelemahan Maguire – kurang rentak dan mobiliti – mula menonjol. Keyakinan beliau kelihatan terjejas dan kritikan ke atasnya mula memuncak.   

2022 – perbalahan bersama Ronaldo selaku kapten 

Perselisihan besar dengan Cristiano Ronaldo mengenai tugas selaku kapten menjejas kesepaduan skuad.

Laporan mengenai keretakan itu pada mulanya dinafikan oleh bos sementara, Ralf Rangnick, tetapi BBC Sport mengesyaki ada isu, sebelum pemergian Ronaldo yang agak mengejutkan pada Julai 2022.


Musim Bunga 2022 – pengurus baru, rancangan baru 

Erik ten Hag menjadi pengurus baru United pada musim panas lalu. Beliau inginkan Martinez sebagai pemain pertahanan sebelah kiri.   

Martinez tidak terlibat dalam jelajah pramusim United di Thailand dan Australia tetapi ten Hag menukar Maguire dengan Victor Lindelof pula.

Selepas memulakan hampir setiap permainan dalam kempen 2019 – 2020 dan 2020 – 2021, musim lalu menyaksikan Maguire hanya memulakan 16 permainan dan membuat 31 penampilan, dengan tempoh masa di padang sekitar 1,600 minit, berbanding hampir 5,000 minit dalam kempen pertamanya di United. 

Mei 2023 – keraguan terhadap masa depan 

Di Brighton pada Mei 2023, apabila Varane dan Martinez cedera, Lindelof dipindahkan ke kanan dan Luke Shaw mengambil posisi sebelah kiri, dengan Diogo Dalot di posisi bek kanan. Khidmat Maguire tidak digunakan.     

Maguire terpaksa menghadapi tindak balas negatif oleh para peminat sejak beberapa bulan lalu. 

Beliau dicemuh peminat United di Melbourne pada musim panas lalu semasa bermain dalam perlawanan pramusim menentang Crystal Palace.

Penyokong England juga turut mencemuhnya, apabila namanya disebut sebelum perlawanan dengan Ivory Coast Mac lalu dan semasa menentang Jerman pada September di Wembley.    

Selepas perlawanan peringkat akhir Piala Carabao EFL pada Februari, ketika mengangkat trofi, Maguire berkata: “Saya seorang pemain bola sepak yang mahu bermain bola dan saya mahu memimpin pasukan dari awal permainan.”

Maguire tidak berkata apa-apa selepas kekalahan peringkat akhir Piala FA di tangan Manchester City, dengan beliau langsung tidak diturunkan ke padang.  – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >