Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man U dijangka menang

Selain kerana United punya pemain lengkap di setiap posisi, Wolves hadapi isu jurulatih
Aug 14, 2023 | 05:31 AM



LONDON: Manchester United memulakan kempen Liga Perdana England (EPL) musim 2023/2024 dengan jangkaan tinggi, mentelah lawan pertama mereka pada 15 Ogos (3 pagi waktu Singapura) ialah Wolverhampton Wanderers.


Ini biarpun prestasi Red Devils semasa perlawanan persahabatan pramusim mereka kurang memberangsangkan – menang dua, tewas tiga dan seri satu perlawanan.

United memulakan kempen pramusim dengan menewaskan Arsenal 5-2 menerusi penalti, tetapi tewas tiga perlawanan selanjutnya kepada Wrexham 1-3, Real Madrid 2-0, dan Dortmund 2-3.

Namun, mereka bangkit untuk menang 3-1 ke atas Lens, sebelum seri 1-1 dalam perlawanan terakhir menentang Athletic Club.







Musim lalu, United mengalahkan Wolves dua kali, sekali gus menjadi pilihan ramai untuk menundukkan pasukan itu dalam perlawanan pembukaan ini, apatah lagi perlawanan berlangsung di Old Trafford.

United menang 1-0 ke atas Wolves dalam perlawanan pertama mereka musim lalu di Molineux Stadium, hasil jaringan Marcus Rashford, dan kemudian 2-0 di Old Trafford hasil jaringan Anthony Martial dan Alejandro Garnacho.

Daripada 10 perlawanan terakhir antara dua pasukan ini, lapan berkesudahan dengan hanya satu gol.

Musim ini United mempunyai beberapa nama baru handal, seperti Rasmus Hojlund, Mason Mount, Andre Onana, dan Jonny Evans.

Kesemua pemain ini mempunyai rekod tersendiri dan diramal menyerlah musim ini.

Pengurus United, Erik ten Hag, menyifatkan Rasmus Hojlund berpotensi besar dalam skuadnya. Namun, potensi sebenarnya hanya akan dapat dilihat pada minggu-minggu mendatang, menyusuli sedikit isu yang dihadapinya semasa latihan pramusim.

Beliau, bagaimanapun, dilaporkan sedang beransur pulih dan dijangka dapat bergandingan dengan Antony Matheus dos Santos dan Marcus Rashford.

Martial telah kembali berlatih selepas pulih daripada kecederaan, sementara Jadon Sancho sudah mula menunjukkan keupayaannya semasa latihan.

Selain mempunyai pemain yang lengkap di setiap posisi, United diramal menang dalam perlawanan pembukaan itu kerana pengurus Wolves, Julen Lopetegui, telah meninggalkan pasukan itu hanya sembilan bulan selepas mengurusnya.

Lopetegui membimbing Wolves semasa mereka mengalahkan Liverpool dan Tottenham Hotspur. Bagaimanapun, pada akhir musim, Wolves hanya menduduki tempat ke-13 dengan 41 mata daripada 38 perlawanan.

Bekas jurulatih Real Madrid itu disahkan telah meninggalkan Wolves bersama kakitangan belakang tabir pada Selasa – hanya tiga hari sebelum musim ini bermula.

Bekas bos Bournemouth, Gary O’Neil, telah diumumkan sebagai pengurus baru Wolves. O’Neil membimbing Bournemouth ke tangga ke-15 EPL musim lalu tetapi dipecat pada 19 Jun. – Agensi berita.







Dalam laman Wolves, Lopetegui berkata: “Saya ucapkan kepada Wolves dan semua di kelab itu yang terbaik untuk masa depan mereka. Dan saya ucapkan terimakasih di atas peluang yang diberi semasa saya menguruskan kelab ini.

“Pastinya ia satu penghargaan kerana saya dapat nikmati perjalanan hari-hari di samping kakitangan lain kelab itu, yang ingin saya ucapkan terimakasih di atas sokongan dan bantuan mereka sepanjang tempoh itu.

Dalam tempoh yang singkat ini, Wolves telah melantik Gary O’Neil selaku jurulatih baru kelab tersebut untuk tempoh tiga tahun menyusuli kejayaannya memimpin AFC Bournemouth.

Pada usia muda 40 tahun, O’Neil menjadi pengurus termuda Wolves dalam abad ini dan jurulatih asal Britain pertama memimpin kelab itu sejak enam tahun lalu.

Beliau pernah membuat 200 penampilan dalam EPL sebagai pemain midfield untuk pasukan seperti Portsmouth dan West Ham United.

Beliau mula menceburi bidang kejurulatihan bersama pasukan Liverpool bawah usia 23 tahun pada 2020 sebelum menyertai Bournemouth pada 2021. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >