Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Masa depan Maguire di Man United terletak di tangannya sendiri: ten Hag

May 30, 2023 | 01:30 PM



MANCHESTER: Pengurus Manchester United Erik ten Hag berkata pemain pertahanan Harry Maguire perlu membuat keputusan berkenaan masa depannya di kelab itu.


Kapten pasukan berusia 30 tahun itu, yang juga pemain antarabangsa England, hanya membuat 16 penampilan dalam Liga Perdana England (EPL) untuk United musim ini.

Gandingan Lisandro Martinez dan Raphael Varane di barisan pertahanan merupakan pilihan utama ten Hag apabila beliau mengambil alih sebagai pengurus pada musim ini.

Ten Hag berkata: “Tiada siapa yang teruja dengan situasi ini. Beliau juga tidak menyukainya.

“Harry berlatih pada peringkat tinggi dan memberikan usaha 100 peratus. Oleh itu beliau mengendalikan situasi ini dengan baik... dan beliau merupakan kapten pasukan jadi beliau penting untuk skuad.”

Maguire membuat beberapa kesilapan besar musim ini – baru-baru ini dalam perlawanan menentang Sevilla dalam Liga Eropah pada April, yang United tewas 0-3.

“Beliau (Maguire) mempunyai persaingan hebat (di bek pertahanan) dengan Raphael Varane, iaitu pemain yang hebat.

“Boleh dikatakan saya gembira beliau ada di sini dan apabila kami memerlukan beliau untuk memainkan peranannya, beliau melakukannya. Namun ia adalah keputusan yang beliau perlu buat,” tambah ten Hag.

Maguire berpindah daripada Leicester ke United pada 2019 dengan arhaga 80 juta pound ($133 juta).

Ia merupakan rekod pemindahan tertinggi bagi pemain pertahanan pada waktu itu dan kontraknya adalah sehingga 2025.

Beliau bermain dalam kelima-lima perlawanan bagi England dalam Piala Dunia 2022 dan telah dipilih untuk kelayakan Piala Eropah yang akan datang.

Namun pengurus England Gareth Southgate berkata beliau bimbang mengenai kekurangan waktu permainan yang dicatatkan Maguire di United.

Walaupun ten Hag tidak mengesahkan sama ada Maguire akan menjadi pemain United musim depan, berliau berkata penjaga gawang David de Gea akan kekal bersama United untuk kempen 2023/24.

De Gea menjadi penjaga gol pilihan bagi United musim ini dan telah memenangi anugerah Sarung Tangan Emas kerana mencatatkan perlawanan paling banyak tanpa dibolos dalam EPL.

Ditanya sama ada pemain berusia 32 tahun itu akan kekal di Old Trafford musim depan, ten Hag menjawab: “Ya, tetapi saya tidak akan mengatakan beliau akan sentiasa menjadi (pilihan) nombor satu saya kerana dalam kelab seperti United, mesti ada persaingan di semua posisi. “

United bakal berentap dengan Manchester City dalam perlawanan akhir Piala FA di Wembley pada Ahad dan meletak harapan menggagalkan misi seteru rapatnya itu menyaingi Treble yang dimenangi bekas pengurus United Sir Alex Ferguson pada 1999.


Treble merujuk kepada mahkota EPL, yang telah dikekalkan City, Piala FA, serta kejuaraan Liga Juara-Juara, yang akan ditandingi City dan Inter Milan pada peringkat akhir pada 10 Jun. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >