Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kehadiran Raya ke Arsenal, bawa manfaat atau kesilapan?

Aug 16, 2023 | 01:42 PM



LONDON: Adakah kehadiran David Raya menimbulkan masalah kepada Arsenal?


Arsenal telah membawa masuk pengaja gol Brentford, David Raya melalui pinjaman sepanjang musim dengan pilihan untuk mengekalkan khidmatnya.

Raya cemerlang semasa bersama Brentford musim lalu, menolong kelabnya untuk mencapai kedudukan liga tertinggi buat pasukan itu sejak 1938.

Namun, Aaron Ramsdale juga cemerlang, meraih 14 ‘clean sheet’ atau bilangan gawang tidak dibolosi sepanjang musim lalu yang mempunyai 38 permainan. Arsenal menamatkan musim itu di tangga kedua.

Bekas penjaga gol Manchester United, Peter Schmeichel, percaya bahawa hanya seorang penjaga gol boleh menjadi pilihan utama Mikel Arteta.

Beliau berasa kehadiran Raya boleh menimbulkan masalah kepada Arteta.

“Ramsdale hebat untuk Arsenal musim lalu, beliau berkebolehan menggunakan kakinya dan faham akan asas menjaga gawang.

“Beliau merupakan penjaga gol Inggeris yang terbaik,” kata Schmeichel kepada BBC Radio 5 Live.


“Penjaga gawang perlu reaktif.

“Beliau tidak boleh melakukan sesuatu dengan sendiri.

“Beliau perlu menanti untuk sesuatu berlaku. Sekarang, anda menyuruh penjaga gawang untuk membuktikan bahawa beliau lebih hebat daripada pesaingnya.

“Ini bermakna beliau perlu melakukan sesuatu – dan anda cuba elak daripada situasi yang tidak diingini berlaku.

“Ia satu-satunya posisi yang perlukan kestabilan. Perkara terburuk yang boleh berlaku adalah apabila seorang penjaga gawang cuba untuk melakukan sesuatu, namun beliau gagal, menyebabkan gawang dibolosi,” katanya.

Ramsdale dan Raya punya perangkaan serupa. Kededuanya bermain kesemua 38 permainan musim lalu.

Penjaga gawang England berusia 25 tahun itu telah mendapat 14 ‘clean sheet’, jumlah tertinggi kedua dalam liga itu, dua pencapaian lebih baik daripada Raya.

Ramsdale juga melepaskan sebanyak 43 gol, dua kurang daripada Raya.

Beliau juga mempunyai ketepatan hantaran pada kadar 63.38 peratus, lebih tinggi daripada Raya, iaitu sekitar 60.75 peratus.

Raya juga mempunyai kadar menyelamatkan gawang yang tertinggi dalam Liga Perdana England (EPL), sekitar 77 peratus, dibandingkan Ramsdale, 68.61 peratus.

“Nampaknya kehadiran beliau akan menimbulkan masalah,” kata bekas penjaga gol Manchester City dan Newcastle, Shay Given kepada BBC MOTD2.


“Ramsdale merupakan salah seorang pemain terbaik mereka.

“Raya bukan ke sana untuk menjadi pilihan kedua. Saya tidak faham mengapa Arteta melakukan sedemikian.

“Saya akan gelisah sekiranya saya adalah Ramsdale.

“Dari segi psikologi, sebagai penjaga gawang, anda mahu menerima sokongan daripada pengurus walaupun selepas melakukan kesilapan. Saya rasa ini bukan perkara yang baik.”

Bekas pemain Fulham, Danny Murphy juga bingung.

“Mesti salah seorang daripada mereka tidak puas hati. Saya rasa Raya ke Arsenal hanya untuk menjadi penjaga gawang utama.

“Tidak adil bagi Ramsdale tapi anda perlu percaya kepada pengurus anda,” kata Murphy.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >