Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

'Kejayaan berganda' bagi Argentina, Qatar

Dec 20, 2022 | 05:30 AM



ARGENTINA kini bergelar juara dunia, tetapi kejayaan juga milik Qatar, sedang Piala Dunia 2022 melabuh tirai, selepas negara Arab itu mengadakan Piala Dunia buat julung-julung kali di Timur Tengah.



Gambar kapten Argentina, Lionel Messi menjulang trofi Piala Dunia dengan memakai pakaian tradisional Arab bernama 'bisht' terpancar di seluruh dunia, dengan penganjur pertandingan menggunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk menampilkan budaya dan tradisi Arab dan Islam di mata dunia.



Awal dari itu, pencapaian luar dugaan oleh pasukan nasional Maghribi, yang menewaskan tiga gergasi Eropah - Belgium, Portugal dan Sepanyol - sebelum kecundang di tangan Perancis di separuh akhir juga memainkan peranan, memberi tumpuan kepada budaya Arab di negara yang terletak di Afrika itu.



Semalam, sekitar 1.5 bilion orang menyaksikan Messi dan rakan sepasukannya menewaskan Kylian Mbappe dan Perancis 4-2 menerusi tendangan penalti di Stadium Lusail semalam.



Ini selepas perlawanan roller-coaster dan penuh drama kekal terikat 3-3 di akhir masa tambahan.



Mbappe, 23 tahun, meninggalkan stadium berbekal Anugerah But Emas sebagai penjaring gol terbanyak pertandingan, tetapi ia sekadar hadiah sagu hati selepas ganjaran terunggul terlepas daripada dakapannya.



Messi, 35 tahun pula, yang dikerumuni rakan sepasukan di akhir perlawanan, kini boleh bersara daripada bola sepak antarabangsa dengan tenang dan berpuas hati, selepas melayakkan diri ke kumpulan eksklusif pemain elit dan pemenang Piala Dunia seperti Pele dan Diego Maradona, yang dianggap antara pemain terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >