Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kejayaan di Sukan SEA bakal cetus kebangkitan sepak takraw S’pura

Meskipun satu pingat, ia sudah cukup ubah tanggapan, jadi pemangkin kemajuan jangka panjang
Dec 8, 2025 | 5:30 AM
Jurulatih sepak takraw Singapura, Nur Hisham Adam, mengambil alih peranan ketua jurulatih setelah rakan kerjanya, Salleh Nanang, diserang serangan jantung.
Jurulatih sepak takraw Singapura, Nur Hisham Adam, mengambil alih peranan ketua jurulatih setelah rakan kerjanya, Salleh Nanang, diserang serangan jantung. - Foto BH oleh DESMOND WEE

Menjelang Sukan SEA, skuad sepak takraw Singapura berada dalam detik penentu.

Mereka kini dibimbing oleh bekas pemain sepak takraw Singapura, ketua jurulatih, Nur Hisham Adam.

Bagi Hisham, Sukan SEA bukan sekadar satu lagi kejohanan, ia merupakan peluang menghidupkan semula semangat dan masa depan sepak takraw di Singapura.

Pada pandangannya, meskipun jika hanya satu pingat, ia sudah cukup untuk mengubah tanggapan, membuka jalan baru, dan menjadi pemangkin kemajuan jangka panjang buat sukan ini.

“Pada saya, kami perlu dapatkan pingat sahaja demi kebaikan sepak takraw Singapura,” ujar jurulatih berusia 57 tahun itu.

Kejayaan di pertandingan sebesar temasya tersebut bakal menjadi asas untuk memperjuangkan sesuatu yang sangat diperlukan baginya untuk merapatkan jurang antara pasukan lain – mewujudkan pemain sepenuh masa.

“Apabila kita berdepan dengan pasukan seperti Thailand dan Malaysia, kami berdepan dengan pemain-pemain sepenuh masa,” katanya.

Menurutnya, banyak negara jiran sudah jauh ke depan dengan sistem latihan sepenuh masa.

Namun, Singapura pula berlatih hanya beberapa kali seminggu, dan pemain perlu membahagikan masa antara kerja dengan latihan.

Hisham mengakui cabarannya, dan meluahkan rasa kagum dan terima kasihnya kepada pemain.

“Kadangkala pemain tidak dapat turun kerana ada kerja. Tapi mereka tetap cuba beri kerjasama,” tambahnya.

Apabila latihan ditingkatkan ke sesi harian menjelang Sukan SEA, pengorbanan makin ketara. Ada yang mengambil cuti, ada yang menukar jadual kerja, ada yang datang walaupun letih.

Namun bagi Hisham, itulah semangat yang ingin dipupuk.

“Mereka korbankan masa. Yang penting, mereka hadir semampu mungkin,” ujarnya.

Pasukan Singapura akan memulakan acara pasukan regu mereka menentang antara gergasi Asia Tenggara, Malaysia.

Beliau menyifatkannya sebagai permulaan yang penting apabila menentang Malaysia.

“Jika kita dapat beri saingan, ia akan menaikkan keyakinan apabila jumpa pasukan yang lebih seimbang dengan kita,” katanya.

Perjalanan pasukan ke Sukan SEA juga tidak bebas daripada cabaran.

Jurulatih, Salleh Nanang, yang selama ini menjadi bahagian penting dalam pembangunan skuad, terpaksa mengundur diri kerana mengalami serangan jantung.

Tanpa kehadiran Salleh pemain turut terkesan.

Namun dengan bantuan kapten pasukan, Abdul Hammirruddin Noor, dan naib kapten, Mohd Danish Irfan Mohd Faizal, sesi latihan diteruskan.

“Mereka bantu saya. Kalau jurulatih Salleh ada, beliau biasanya akan jaga satu gelanggang, saya satu lagi. Tanpa beliau memang terasa, tapi kita tetap teruskan,” kata Hisham.

Di luar gelanggang, satu lagi isu yang sering timbul ialah kritikan. Daripada komen warga siber hingga suara-suara dalam masyarakat, tidak semuanya positif.

Bagi Hisham, itu lumrah sebagai seorang atlet negara.

“Memang akan ada negatif dan positif. Tapi berikan maklum balas dan komen yang membina,” pintanya.

Beliau turut menegaskan agar pemain tidak membalas komen tersebut, dan menegaskan, cara terbaik adalah untuk berjaya di dalam gelanggang.

Walaupun terdapat komen negatif, beliau akui ada juga sokongan daripada penyokong yang tetap menceriakan hati.

Beliau luahkan penghargaan bagi sokongan yang telah diterima sejauh ini.

“Terima kasih kepada keluarga, kawan dan semua yang menyokong. Sokongan mereka beri semangat pada pemain,” kata Hisham.

Matlamat yang beliau sasarkan bagi pasukannya jelas – bermain dengan berani, mencabar pasukan hebat, dan pulang dengan pingat yang menjadi menjadi titik perubahan.

“Kalau menang lawan pasukan kuat, itu boleh dikirakan bonus. Tapi sasaran saya sekurang-kurangnya satu pingat,” tegasnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg