Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kejohanan Atletik Sedunia 2023: Laura Muir di tempat keenam sedang Faith Kipyegon menang emas ketiga

Aug 23, 2023 | 02:29 PM



BUDAPEST: Laura Muir menduduki tempat keenam dalam final lari jarak jauh 1,500 meter Kejohanan Atletik Sedunia 2023, sementara Faith Kipyegon meraih pingat emas ketiga beliau di Budapest.


Muir, yang memenangi pingat gangsa pada 2022, menamatkan perlumbaan itu dengan masa 3 minit 58.58 saat dalam tahun paling mencabar buat dirinya selaku atlet.

Kipyegon, pemegang rekod dunia dari Kenya, menguasai perlumbaan itu dari mula hingga akhir dengan mencatat masa 3 minit 54.87 saat.

Diribe Welteji dari Ethiopia mendapat tempat kedua, sementara Sifan Hassan dari Belanda tempat ketiga.

Peserta dari Britain, Katie Snowden (3:59.65) dan Melissa Courtney-Bryant (4:03.31), masing-masing menduduki tempat kelapan dan ke-12.

Kipyegon ternyata tidak dapat digugat tahun ini dan telah mencatat tiga rekod dunia dalam tiga jarak.

Juara Olimpik dua kali itu mendahului perlumbaan dari permulaan, mengawal arus larian pada kelajuan yang selesa baginya berbanding masa rekod rekod 3:49.11 yang dicatatnya pada Jun.

Namun itu semua bertukar pada peringkat akhir perlumbaan apabila Kipyegon, 29 tahun, membuktikan kelas dan kelebihannya dengan meninggalkan pesaingnya di belakang apabila beliau tiba-tiba memecut.

Percubaan Muir, kapten pasukan Britain untuk merebut peluang meraih pingat, gagal di jarak 200 meter terakhir apabila Welteji mara paling dekat dengan Kipyegon dan Sifan pula menempah gangsa selepas pulih daripada jatuh dalam perlumbaan 10,000 meter Sabtu lalu.

Muir mengakui 023 dipenuhi pasang surut baginya dan jauh daripada permulaan bebas gangguan yang beliau inginkan sebelum menyertai pertandingan arena sejagat itu.

Pemegang pingat perak Sukan Olimpik itu tiba-tiba berpisah daripada jurulatih lamanya Andy Young pada Mac, dengan meninggalkan khemah latihan bersama rakan sepasukan Jemma Reekie, selepas hubungan mereka regang.

Ketidaktentuan itu kemudian menyebabkan Muir melalui satu musim perlumbaan yang tidak mantap hingga beliau sendiri kalah dalam kejohanan Britain.

Namun pada Julai, Muir kembali menunjukkan prestasi terbaiknya seketika apabila beliau mengatasi rekod Britain selama 38 tahun yang dipegang Zola Budd.

Tempat ketiga yang diraih atlet dari Scotland itu tahun lalu, di belakang Kipyegon dan Gudaf Tsegay dari Ethiopia, sepatutnya dibalas dengan prestasi lebih baik musim ini.

Muir sebelum ini gagal meraih pingat dalam tiga perlumbaan final dunia, setakat mencapai tempat kelima, keempat dan kelima.

Kemarau itu berterusan di Budapest.

“Saya fikir saya telah menetapkan kedudukan yang baik dalam perlumbaan itu, saya telah cuba mempertahankan diri tetapi pusingan terakhir itu teruk bagi saya,” kata Muir. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >