Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ATLETIK

Kejohanan Sedunia 2023: Sha’Carri Richardson rangkul emas 100 meter

Aug 22, 2023 | 11:18 AM



BUDAPEST: Pelari pecut Amerika Syarikat, Sha’Carri Richardson menewaskan para pesaingnya untuk merangkul kejuaraan utamanya buat kali pertama kali dalam acara 100 meter di Kejohanan Sedunia di Budapest.


Richardson yang bersaing dalam final utamanya pada usia 23 tahun, mencatat masa 10.65 saat untuk menjadi juara.

Dua pelari Jamaica, Shericka Jackson dan Shelly-Ann Fraser-Pryce, masing-masing merangkul pingat perak dan gangsa.

Pada awalnya Richardson tidak percaya yang beliau mampu mencapainya.

Padahal beliau kurang berpengalaman malah tumpuan hanya diberi terhadap kededua pelari Jamaica, Jackson dan Fraser-Pryce.

Jackson yang merupakan juara 200 meter, mencatat masa 10.72 saat sementara rakan senegaranya yang juga juara lima kali Fraser-Pryce mencatat 10.77 saat.

Namun Richardson merampas tumpuan semasa berlari di lorong kesembilan.

Malah beliau sendiri hampir tersungkur di akhir lorong lariannya semasa cuba melihat secara dekat skrin besar di stadium, sementara menantikan keputusan yang sudah lama dinantikannya.

Apabila keputusan diumum, beliau diselubungi emosi sebelum menyambut kegembiraan, berlari sekeliling balapan sedang beliau mengibarkan bendera Amerika.

Seorang pesaing dari Britain, Asher-Smith hanya mampu menduduki tempat kelapan dengan masa 11.00 saat.

Asher-Smith yang merupakan juara dunia tiga kali, yang pernah merangkul emas dalam acara 200 meter pada 2019, langsung tiada jawapan kepada lariannya yang menghampakan.

“Saya bak tidak percaya.

“Saya tahu diri saya sendiri dan saya tahu yang saya berasa baik.

“Saya ke mari untuk capai masa peribadi terbaik saya,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >