Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA

Kejohanan luar biasa

Dec 20, 2022 | 05:30 AM



PIALA Dunia mercu tanda di Doha, Qatar telah berakhir dengan Argentina menjulang trofi yang menjadi rebutan selepas perlawanan akhir penuh aksi dan drama.



Kontroversi telah menyelubungi Piala Dunia 2022 di Doha, Qatar, tetapi pencapaian negara kecil di Timur Tengah ini menganjurkan acara sukan dunia itu juga telah dipuji beberapa pihak.



Bekas naib pengerusi Arsenal David Dein berkata pencapaian Qatar - mengadakan Piala Dunia di satu kota dengan stadium terletak berdekatan satu sama lain - adalah satu kejayaan yang sukar ditandingi dan dijangka tidak boleh diulangi.



Dein, yang juga sebahagian jawatakuasa yang mewakili Persatuan Bola Sepak (FA) England yang memohon untuk menganjurkan Piala Dunia pada tahun ini, berkata penyokong telah menikmati pengalaman menyaksikan Piala Dunia di 'satu tempat'.



Menurut Dein, Piala Dunia 2026 akan diadakan di tiga negara - Amerika Syarikat, Mexico dan Canada - dan akan menawarkan pengalaman yang berbeza kepada penonton, tetapi jawatankuasa penganjur di Qatar telah memberikan pengalaman sukan yang 'tiada bandingannya' di dunia.



"Qatar telah meraih banyak kawan baru kerana menganjurkan Piala Dunia ini dan cara ia mengendalikan cabaran yang ada."




KEBANGKITAN NEGARA ARAB/AFRIKA/ASIA



Kebangkitan Maghribi sebagai kuasa baru dalam bola sepak dunia bukan sahaja telah memberi perhatian kepada pemain-pemainnya, malah kepada benua itu.



Maghribi menewaskan tiga gergasi Eropah - Belgium, Portugal dan Sepanyol - untuk mara ke separuh akhir di mana ia kalah kepada Perancis.



Arab Saudi pula mencetus kejutan apabila ia menewaskan Argentina 2-1 dalam perlawanan pembukaan.



Di luar padang bola sepak, perbuatan penganjur mengadakan pondok maklumat mengenai Islam dan juga ruang solat di pekarangan stadium dan ruang perhimpunan telah menarik perhatian.




KONTROVERSI GEGELANG LENGAN KAPTEN / TIADA ARAK DI STADIUM



Satu kontroversi yang terus membayangi penganjur dan Qatar sepanjang Piala Dunia ini ialah keputusan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) yang melarang kapten beberapa pasukan dari Eropah daripada memakai gegelang tangan jalur pelangi yang bertujuan menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ).



Beberapa kapten pasukan dari Eropah telah memberi komitmen untuk memakai gegelang itu, tetapi terpaka menarik balik komitmen tersebut apabila Fifa berkata ia akan mengambil tindakan disiplin terhadap kapten dan pasukan yang menggunakannya.



Memprotes keputusan Fifa itu, pasukan Jerman mengambil gambar dengan menutup muka masing-masing sebelum perlawanan dengan Korea Selatan - perbuatan yang akhirnya membawa padah apabila ia tewas kepada lawan - permulaan mengecewakan yang akhirnya membuatnya tersingkir dari pertandingan.



Larangan minum arak di stadium juga mencetus kritikan, kebanyakannya dari negara-negara Eropah dan Amerika Selatan.



Namun, dalam artikel masing-masing beberapa laman berita seperti Al Jazeera dan BBC berkata penyokong wanita berasa lebih selamat menyaksikan bola sepak di stadium kerana tiada orang yang mabuk.



Malah, Piala Dunia ini juga telah disifatkan sebagai Piala Dunia paling mesra keluarga. Tiada rusuhan besar berlaku dan ketenteraman awam berjaya dikawal sepanjang pertandingan.



Ini apabila dibandingkan dengan pertandingan bola sepak utama dunia yang lain, seperti di Kejohanan Eropah (Euro) pada 2020, apabila penyokong Italy dan England bertempur di luar Wembley sebelum dan selepas final antara kededua pasukan itu.




PECAH REKOD PENONTON



Piala Dunia 2022 ini telah memecah rekod penonton di serata dunia, terutama di Amerika Syarikat.



Perlawanan antara England dengan Amerika menarik hampir 20 juta penonton televisyen, menjadikannya satu-satunya perlawanan bola sepak yang paling ditontoni.



Menurut Front Office Sports, lebih 8.8 juta orang menonton Perancis menewaskan England di suku akhir, di saluran FOX, sementara kemenangan Argentina ke atas Croatia daam separuh akhir menarik hampir tujuh juta penonton.



Separuh akhir antara Perancis dengan Maghribi - yang disaksikan lebih 8 juta penonton - disaksikan oleh jumlah penonton yang paling banyak di Amerika, bagi perlawanan yang tidak melibatkan pasukan Amerika.



Statistik muktamad masih dikumpulkan, tetapi angka awal ini menunjukkan jumlah penonton bagi Piala Dunia 2022 boleh mengatasi jumlah penonton di Piala Dunia 2018 di Russia.



Pada tahun itu, lebih 3.5 juta bilion orang menonton kesemua perlawanan, termasuk 1.12 bilion yang menyaksikan final antara Perancis dengan Croatia.



Sebagai perbandingan, sekitar 1.5 bilion orang dianggarkan menonton final antara Perancis dengan Argentina semalam. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >