Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kelab akan utamakan sistem kewangan baru

Mar 12, 2024 | 2:36 PM
Beberapa kelab Liga Perdana England (EPL) diberi amaran oleh pemerintah Britain supaya mencapai persetujuan bagi satu perjanjian kewangan baru dengan pasukan Liga Bola Sepak England (EFL). Jika tidak, satu sistem kewangan baru akan dikenakan ke atas mereka oleh Pengawal Selia Bola Sepak yang bebas.
Beberapa kelab Liga Perdana England (EPL) diberi amaran oleh pemerintah Britain supaya mencapai persetujuan bagi satu perjanjian kewangan baru dengan pasukan Liga Bola Sepak England (EFL). Jika tidak, satu sistem kewangan baru akan dikenakan ke atas mereka oleh Pengawal Selia Bola Sepak yang bebas. - Foto fail

LONDON: Kelab Liga Perdana England (EPL) telah bersetuju untuk mengutamakan usaha mereka kepada penubuhan sebuah sistem kewangan baru, selepas tiada perjanjian tercapai semasa mesyuarat pemegang saham pada 11 Mac.

Demikian menurut liga itu dalam satu kenyataan pada 11 Mac.

Media Britain melaporkan liga tersebut tidak dapat bersetuju mengenai satu penyelesaian kewangan baru dan undian dibatalkan kerana sudah jelas ia tidak akan disokong oleh jumlah majoriti 14 kelab EPL yang diperlukan.

“Semasa satu mesyuarat pemegang saham EPL hari ini kelab bersetuju akan mengutamakan penubuhan dan pelaksanaan yang pantas bagi satu sistem kewangan baru meliputi seluruh liga ini,” kata EPL dalam kenyataan itu.

“Di samping itu, kelab EPL juga mengesahkan semula komitmen mereka untuk mencapai satu perjanjian kewangan yang dibiayai secara mampan dengan EFL (Liga Bola Sepak England), tertakluk pada sistem kewangan baru itu diluluskan secara rasmi oleh kelab,” tambahnya.

Beberapa kelab EPL telah diberi amaran oleh pemerintah Britain supaya mencapai persetujuan bagi satu perjanjian kewangan baru dengan pasukan EFL.

Jika tidak, satu sistem kewangan baru akan dikenakan ke atas mereka oleh Pengawal Selia Bola Sepak yang bebas.

Liga dan kelab EPL juga mengesahkan komitmen mereka kepada permainan yang lebih terangkum, termasuk £1.6 bilion ($2.7 bilion) diagihkan kepada semua peringkat bola sepak sepanjang tempoh kitaran tiga tahun. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg