Kelab mana bakal sertai Arsenal, Bayern di peringkat kalah mati?

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kelab mana bakal sertai Arsenal, Bayern di peringkat kalah mati?

Jan 22, 2026 | 4:33 PM

Kelab mana bakal sertai Arsenal, Bayern di peringkat kalah mati?

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Liga Juara-Juara, Arsenal
Penyerang Arsenal, Gabriel Jesus (depan), menjaringkan gol pertama pasukannya dalam perlawanan Liga Juara-Juara, menentang Inter Milan di Stadium San Siro, Milan, pada 20 Januari. - Foto AFP

LONDON: Peringkat kumpulan Liga Juara-Juara kini menghampiri penghujungnya.

Dengan baki satu pusingan perlawanan lagi, apa yang perlu dilakukan setiap pasukan untuk mara semakin jelas atau sekurang-kurangnya kelihatan lebih jelas dari sebelum ini.

Arsenal sudah pasti mara ke peringkat 16 terakhir, disertai Bayern Munich, namun pasukan lain masih perlu mempertingkatkan usaha.

Justeru itu, timbul beberapa persoalan: Kelab mana masih perlu berusaha untuk mara ke peringkat kalah mati, dan siapa yang sudah layak?

Pasukan di kedudukan teratas, Arsenal, telah memenangi semua tujuh perlawanan dan hanya memerlukan satu mata di padang sendiri menentang Kairat Almaty untuk memastikan mereka kekal di tangga teratas, mengatasi Bayern.

Dari segi penetapan undian bagi peringkat 16 terakhir, ia tidak menimbulkan banyak perbezaan kerana kedua-dua pasukan teratas akan dipadankan dalam undian. 

Mereka seterusnya akan berdepan pemenang perlawanan semula (playoff) antara pasukan di tempat ke-15 dan ke-18, atau tempat ke-16 dan ke-17.

Bayern pula memerlukan satu mata dalam perlawanan menentang PSV Eindhoven, pada 28 Januari, untuk memastikan kedudukan dua teratas.

Pasukan yang menduduki dua tangga teratas juga dijamin akan bermain perlawanan kedua di padang sendiri pada setiap pusingan sehingga final.

Pertarungan menduduki lapan tangga teratas pula lebih menarik, kerana inilah bahagian yang benar-benar mencabar.

Bagi Real Madrid dan Liverpool, masing-masing dengan 15 mata, serta Tottenham Hotspur dengan 14 mata, satu kemenangan pada hari perlawanan kelapan akan memastikan mereka layak mara terus ke peringkat 16 terakhir.

Dalam perlawanan pada 28 Januari, Spurs bakal menentang Eintracht Frankfurt – yang sudah tersingkir – di Jerman. 

Liverpool pula akan beraksi di padang sendiri menentang Qarabag, yang masih berpeluang mara ke lapan tangga teratas.

“Ini sangat penting kerana kami tidak perlu melalui perlawanan semula, dan ia membantu dalam jadual padat kami,” kata kapten Liverpool, Virgil van Dijk.

“Segalanya bergantung kepada (prestasi) kami minggu depan di padang sendiri. Kami perlu pastikan kami berada dalam lapan pasukan teratas. Kami sudah meletakkan diri dalam posisi yang baik, tetapi itu untuk minggu depan.”

Madrid akan beraksi di padang lawan menentang Benfica kendalian Joe Mourinho, yang memerlukan kemenangan untuk berpeluang mara ke perlawanan semula.

Di belakang Spurs, terdapat lapan pasukan dengan 13 mata, bermula dengan juara bertahan Paris St-Germain (PSG) di tangga keenam hingga Atalanta di tangga ke-13.

Newcastle United, Chelsea dan Manchester City juga berada dalam kumpulan ini dan memerlukan kemenangan.

Bagaimanapun, nasib mereka masih boleh ditentukan berdasarkan perbezaan jaringan gol.

Pasukan Newcastle kendalian Eddie Howe akan berdepan cabaran sukar menentang PSG di Perancis, manakala Chelsea pula akan menentang Napoli di padang lawan, dan City bakal menentang Galatasaray di padang sendiri.

Semua pasukan sehingga Qarabag yang menduduki tangga ke-18 masih mempunyai peluang untuk mara terus ke pusingan 16 terakhir.

Ini sebahagiannya kerana, walaupun 16 pasukan masih bersaing untuk baki enam tempat dalam lapan pasukan teratas, hanya dua daripada 18 perlawanan pada 28 Januari melibatkan pasukan-pasukan tersebut bersemuka antara satu sama lain.

Salah satunya ialah perlawanan Newcastle dengan PSG, dan perlawanan antara Borussia Dortmund dengan Inter Milan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg