Penampilan pertama Salah sejak Nov bantu Liverpool benam Marseille

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penampilan pertama Salah sejak Nov bantu Liverpool benam Marseille

Jan 22, 2026 | 3:17 PM

Penampilan pertama Salah sejak Nov bantu Liverpool benam Marseille

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Liverpool, Salah, Liga Juara-Juara
Pemain Liverpool, Mohamed Salah (kanan), cuba menjaringkan gol semasa saingan Liga Juara-Juara Eropah menentang Marseille di Stade Velodrome, Marseille, Perancis, pada 21 Januari. - Foto REUTERS

MARSEILLE (Perancis): Liverpool meneruskan rentak cemerlang saingan Liga Juara-Juara Eropah dengan menewaskan Olympique de Marseille 3-0, sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah kepada 13 perlawanan dalam semua kejohanan.

Pengurus Liverpool, Arne Slot, telah ditanya soalan sensitif mengenai kemungkinan bekas jurulatih Real Madrid, Xabi Alonso, mengambil alih jawatan pengurus Liverpool.

Namun sebarang spekulasi mengenai masa depan Slot sebagai pengurus Liverpool diketepikan dengan prestasi luar biasa pasukannya di pentas Eropah.

Rekod 13 perlawanan tanpa kalah – tujuh menang, enam seri – merupakan rekod tanpa kalah paling lama bagi mana-mana pasukan dalam lima liga utama Eropah.

Kali terakhir Liverpool tewas di tangan pasukan lawan ialah pada November 2025.

Bagi Slot, perlawanan di Marseille juga menandakan kemenangan pertama Liverpool sejak 4 November 2025 apabila pemain asal Mesir, Mohamed Salah, beraksi dalam perlawanan, ketika mereka menewaskan Real Madrid 1-0 dalam Liga Juara-Juara.

Selepas temu ramah Salah di Leeds, perselisihan yang sebelum ini mungkin wujud antara pemain dengan pengurus kelab itu mengenai pemilihan pemain untuk perlawanan telah selesai.

Kini mereka boleh menumpukan perhatian kepada mempertingkatkan prestasi kelab. Sebenarnya, kedua-dua Salah dan Slot saling memerlukan antara satu sama lain.

Sebelum perlawanan, Slot memberitahu TNT Sports:

“Apabila saya tidak memilihnya untuk beraksi (di padang), saya sedang mencuba sesuatu yang berbeza. Kami telah terlepas banyak peluang walaupun menguasai bola. Jika ada seorang pemain dalam sejarah Liverpool yang boleh menjaringkan gol, ia sudah pasti Mo Salah.”

Salah tidak menambah rekod 46 gol di Liga Juara-Juara untuk Liverpool, walaupun beliau berpeluang menjaringkan gol pada separuh kedua.

Kelancaran Liverpool bermain mengikut susunan 4-2-2-2 pasti menggembirakan Slot dan mungkin memberi beliau idea untuk menyusun strategi pasukan dalam beberapa minggu akan datang.

“Ini menunjukkan tahap profesionalisme Salah yang tinggi, apabila beliau mampu meninggalkan pasukan selama lebih sebulan (bagi Piala Negara-Negara Afrika) untuk beraksi bersama pasukan (kebangsaan Mesir) dan tetap cergas bermain selama 90 minit selepas hanya satu hari latihan,” kata Slot.

“Beliau hampir menjaringkan gol. Biasanya beliau pasti menjaringkan gol, tetapi ia tidak mendatangkan masalah kerana kami berjaya menjaringkan tiga gol.”

Dengan Florian Wirtz dan Dominik Szoboszlai beraksi di belakang Hugo Ekitike dan Salah, Jeremie Frimpong dan Milos Kerkez bertanggungjawab memberi sokongan di bahagian sayap.

Kedua-dua pemain baru musim panas itu berjaya menjalankan tugas ini, dengan sokongan Frimpong membolehkan Salah menumpukan perhatian kepada tugas menyerang.

Bagi Slot dan Liverpool, cabaran utama mereka kini ialah mencari jalan menangani pasukan yang bermain secara defensif. 

Ini meskipun bekas kapten, Steven Gerrard, menegaskan Slot perlu berhenti menekankan perkara itu:

“Taktik Slot tepat malam ini. Beliau layak menerima banyak pujian dan penghargaan. 

“Beliau perlu berhenti menyebut tentang isu defensif ini. Taktik itu telah digunakan ke atas Liverpool sejak saya bermain. Itu memang cara permainan (pasukan lawan).”

Slot memberitahu TNT Sports:

“Saya tahu kenapa kami tidak konsisten; cabarannya berbeza apabila perlawanan terbuka berbanding apabila kami menghadapi pasukan yang bermain secara defensif.

“Anda tidak boleh bandingkannya dengan perlawanan malam ini, apabila kedua-dua pasukan mahu memberi tekanan dan membina serangan dari belakang.

“Jika kami tidak konsisten, ia kerana kami menghadapi kesukaran menembusi pertahanan,” kata Slot.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg