Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Keluarga bakal saksikan atlet lawan pedang S’pura beraksi di Paris

Apr 05, 2024 | 04:24 PM



Sukan Olimpik Paris akan menjadi acara keluarga istimewa bagi atlet lawan pedang nasional, Amita Berthier, sedang pemain berusia 23 tahun itu membuat persiapan untuk perlawanan keduanya.

Dalam penampilan pertama di Sukan Olimpik Tokyo 2020, keluarganya tidak berpeluang berkunjung ke Jepun kerana penonton dilarang memasuki stadium semasa pandemik Covid-19.

Kali ini, keluarganya berkesempatan menyaksikan persembahan Berthier, lapor The Straits Times (ST).


Dengan Sukan Olimpik diadakan dari 26 Julai hingga 11 Ogos di Perancis, negara kelahiran mendiang bapanya, Eric, kini datuk dan neneknya, Guy dan Danielle, yang berusia 80-an tahun, akan ke sana dari Lyon untuk menyertai ibunya, Uma, dan tiga adik-beradiknya yang lebih tua.

“Saya tahu mereka sentiasa menyokong saya, tidak kira apa pun keputusan saya, dan saya rasa mereka tidak sabar melihat saya bersaing.

“Mereka tidak dapat menyaksikan saya selama tiga tahun dan kini mereka akan menyaksikan saya di acara terbesar pertandingan lawan pedang,” ujar Berthier.

Beliau berharap dapat menambah kegembiraan mereka, selepas mencipta sejarah pada 2021 dengan menjadi pemain lawan pedang pertama Singapura yang layak ke Sukan Olimpik berdasarkan merit.

Rakan sepasukan dan pemain lawan pedang epee, Kiria Tikanah, kemudian menyertainya.

Berthier juga menjadi warga Singapura pertama melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 bagi acara lawan pedang.

Namun beliau tersingkir pada pusingan 32, setelah dikalahkan pemenang pingat emas, Lee Kiefer, dari Amerika Syarikat.

Namun kekalahan itu hanya lebih menyemarakkan cita-citanya.

“Agak mengecewakan tetapi pada masa yang sama, merendahkan hati saya. Saya amat gembira berada di sana dengan kehadiran semua atlet terbaik dunia. Tetapi saya juga faham perjalanan saya masih panjang untuk sampai ke puncak.

“Saya mahu kembali ke Sukan Olimpik yang seterusnya sebagai pesaing dan bukannya peserta kerana itulah yang saya rasakan pada perlawanan terakhir.”

Pemenang pingat gangsa kejohanan Asia 2023 itu menyasarkan berada sekurang-kurangnya dalam kelompok lapan pemain terbaik dalam Sukan Olimpik.

Sambil meraih inspirasi daripada satu-satunya pemenang pingat emas Olimpik Singapura, Joseph Schooling, yang mengumumkan persaraannya minggu ini, Berthier berkata:

“Saya sedang mempersiapkan diri secara fizikal, tetapi paling penting ialah menjadi kuat dari segi mental untuk tahu bahawa pada hari (pertandingan) nanti, kedudukan saya, sama ada saya berada di nombor satu atau 56, tidak penting, (kerana) sesiapa sahaja boleh mengalahkan lawannya.”

Untuk mencapai matlamat tersebut, Berthier, yang berada di Amerika sejak beberapa tahun lalu, telah kembali ke Singapura untuk berlatih dengan ketua jurulatih acara foil nasional, Oleg Matseichuk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >