Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SILAT

Kem latihan tarik lebih 100 berpotensi wakili negara

'Bootcamp' julung kali diadakan bagi kenal pasti bakat baru untuk sertai latihan nasional
Sep 16, 2022 | 05:30 AM



PERSEKUTUAN Silat Singapura (Persisi) telah mengenal pasti lebih 100 pesilat berpotensi menyertai latihan nasional menerusi kem latihan yang diadakannya baru-baru ini.



Mereka tampil dalam kem latihan khas yang digelar 'Bootcamp Merekrut Pesilat peringkat Nasional' yang berlangsung di Arena OCBC minggu lalu.



Hampir 200 orang menyertai kem latihan dua hari itu, yang dianjurkan sempena cuti sekolah.



Persisi mengatakan mereka gembira mengenai bilangan pesilat berpotensi itu memandangkan objektif kem latihan tersebut ialah menguar-uarkan silat sebagai seni atau sukan yang boleh diceburi khalayak ramai.



Bagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persisi Sheik Alau'ddin Yacoob Marican, sambutan baik terhadap kem yang diadakan julung-julung kali itu menunjukkan minat ketara masyarakat terhadap silat, terutama dalam kalangan mereka yang lebih muda.



"Minat terhadap persada silat tempatan pasti kelihatan dengan anak-anak kecil bertanyakan soalan tentang silat pada jurulatih dan atlet negara semasa kem latihan itu.



"Kami juga mempunyai anak-anak yang menunjukkan minat untuk mendaftar dan menyertai pasukan nasional kita dan berlatih bersama-sama dengan idola silat mereka seperti Sheik Farhan, Muhammad Iqbal dan Nurul Suhaila," katanya.



Selain dibimbing jurulatih profesional, peserta berlatih bersama jaguh dunia silat Singapura serta atlet silat dari Sekolah Sukan Singapura.



Antara mereka ialah juara dunia seni silat Muhammad Iqbal Abdul Rahman, yang gembira dapat berkongsi pengalaman pahit dan manis sepanjang perjalanan silat beliau bersama peserta.



"Sambutan bagi acara ini baik dan saya percaya semua orang yang mengambil bahagian berasa seronok menjalani latihan bersama.



"Ini juga langkah pertama bagi peserta melihat sendiri latihan silat secara sekilas kerana ia penting sebelum mereka melakukan apa-apa (selain bersiap sedia sebelum memberi komitmen pada sukan itu)," kata pemenang pingat emas di Sukan SEA Hanoi Mei itu.



Selain Iqbal, juara seni regu puteri Iffah Batrisyia Noh membantu menunjukkan teknik silat kepada para peserta secara peribadi - memandangkan ramai daripada mereka menceburi sukan itu buat kali pertama.



"Kami berkongsi dengan mereka tentang beberapa asas persilatan dan mengadakan sesi perkongsian kecil agar kami boleh lebih memahami ilmu dan pengalaman silat mereka.



"Kami juga mengajar mereka asas teknik silat seperti cara menumbuk, menendang dan berdiri dengan betul.



"Latihan ketangkasan yang disediakan untuk mereka juga telah membantu mereka menjadi lincah dan tangkas - dan ciri-ciri ini penting bagi seorang atlet silat, khususnya dalam sukan tanding," kata Iffah, salah seorang daripada trio pemenang pingat emas di Kejohanan Pencak Silat Dunia 2022 di Melaka Julai lalu.



Menurut Persisi, mereka yang dikenal pasti telah menunjukkan potensi baik untuk dilatih dan dibimbing bagi merebut peluang mewakili negara dalam temasya akan datang.



"Dengan arahan dan panduan betul mengenai laluan dan sokongan yang ada sebagai atlet negara, kami percaya suatu hari nanti mereka akan dapat mewakili dan bertanding untuk negara," kata jurucakap Persisi.



Ia menambah bahawa acara mencari pesilat berpotensi sebegitu akan berlangsung pada cuti sekolah setiap suku tahun hingga tahun depan.



Pesilat negara juga kini sedang membuat persiapan untuk bersaing di Pencak Silat Antarabangsa Terbuka Indonesia, Kejohanan Pencak Silat Asia, Kejohanan Pencak Silat Pantai Dunia di Cebu, Filipina dan Sukan SEA Kemboja tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >