Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kemenangan Chelsea ke atas Aston Villa kurang tekanan Pochettino

Feb 08, 2024 | 03:33 PM



BIRMINGHAM: Kemenangan Chelsea pada 8 Februari mengurangkan tekanan terhadap pengurus, Mauricio Pochettino, apabila anak buahnya menewaskan Aston Villa 3-1 di Villa Park.


Jawatan Pochettino bersama Chelsea dikatakan dalam keadaan terumbang-ambing menyusuli keputusan kurang memberangsangkan sejak kebelakangan ini.

Anak buahnya gagal mengutip mata sejak 27 Januari dengan satu keputusan seri dalam Piala FA dan dua kekalahan dalam Liga Perdana England.

Dengan kemenangan ke atas Villa, Chelsea melangkah ke pusingan kelima Piala FA dan Pochettino boleh menarik nafas lega kerana sepertinya, Chelsea kembali mendapat rentak kemenangan.

Prestasi memberangsangkan Villa di padang sendiri musim ini menjadikannya antara pasukan pilihan untuk mara ke peringkat seterusnya secara mudah tetapi Chelsea mempertajam serangan bagi mengasak kubu Villa.

Pemain Chelsea – Conor Gallagher, Nicolas Jackson dan Enzo Fernandez – menjaringkan gol untuk memadamkan kekecewaan selepas kalah 2-4 di tempat sendiri kepada Wolves pada 4 Februari.

Dalam perlawanan itu, Chelsea dicemuh penyokongnya yang tidak berpuas hati melihat pasukan mereka tewas 1-4 di tangan Liverpool dalam perlawanan sebelumnya.

Dengan skuad Pochettino kini menduduki tangga ke-11 dalam Liga Perdana, penyingkiran awal Piala FA akan meningkatkan lagi tekanan ke atas pengurus asal Argentina itu.

Pochettino menegaskan bahawa beliau tidak memikirkan mengenai tekanan atau mungkin kehilangan kerja setelah menerima beberapa panggilan telefon berhubung pemilihan pemain dalam kesebelasan pasukan.

Thiago Silva diletakkan di bangku simpanan hanya beberapa jam selepas isterinya memohon maaf setelah meluahkan kemarahan di media sosial apabila meminta “perubahan” di kelab itu.

Malah Raheem Sterling juga diketepikan pada perlawanan itu dengan beberapa pemain muda dipertaruhkan oleh Chelsea.

Pochettino berkata selepas perlawanan: “Saya fikir (ia) adalah antara yang terbaik atau mungkin prestasi terbaik musim ini.

“Ia tiba pada saat yang sangat baik bagi kami. Kami mempunyai pemain muda.

“Ia mengenai cara kami menjadi padu dan konsisten dan ia satu perkara yang paling sukar dalam pasukan baru ini.”

Kemenangan menentang Villa menyaksikan gandingan hebat di bahagian tengah bagi Chelsea antara Fernandez dengan Moises Caicedo.

Caicedo memberi ketenangan yang lama didambakan Chelsea di bahagian tengah dalam mengatur gerakan manakala Fernandez memaparkan prestasi tinggi dengan menyempurnakan sepakan percuma untuk menyumbang kepada keputusan perlawanan.

Pochettino menjelaskan kedudukan beliau tidak terancam buat masa ini setelah beliau menerima mesej sokongan daripada pengurusan tertinggi Chelsea, tetapi beliau memerlukan skuad yang dikendalikannya menghasilkan prestasi tertinggi.

“Jangkaannya adalah besar. Kadangkala jangkaan itu tidak mudah kerana pasukan kami muda.

“Tetapi kami berkembang dengan cara yang sangat baik,” kata beliau.

Pochettino mempunyai peluang untuk meraih piala dalam musim pertama beliau mengambil alih sebagai jurulatih Chelsea apabila pasukan itu menentang Liverpool dalam perlawanan akhir Piala Liga pada 25 Februari.

Beliau juga yakin pasukannya mampu mara ke suku akhir Piala FA apabila menerima kunjungan pasukan divisyen dua, Leeds United, dalam pusingan seterusnya pada 29 Februari. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >