Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Southampton temu Liverpool dalam pusingan kelima

Feb 07, 2024 | 12:58 PM



SOUTHAMPTON: Penyerang muda asal Perancis, Sekou Mara, menjadi wira Southampton setelah menyumbatkan dua gol bagi membantu pasukannya menewaskan Watford 3-0 di Stadium St Mary dalam perlawanan Piala FA pada 7 Februari.


Mara, yang dikaitkan dengan desas-desus sebagai pemain pinjaman dalam tempoh pemindahan, menjaringkan dua gol selang lima minit berturut-turut pada separuh masa kedua.

Jaringan beliau dalam perlawanan itu merupakan gol kelima dalam sembilan penampilan terakhirnya.

Che Adams melengkapkan kemenangan selesa ke atas Watford, pasukan yang bermain dalam divisyen dua, 14 minit sebelum wisel penamat.

Southampton menempah tempat ke pusingan kelima Piala FA menentang pendahulu Liga Perdana, Liverpool pada 29 Februari.

Southampton belum pernah kalah dalam 24 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan dan kini menduduki tangga kedua Liga Kejuaraan.

Tiga pertemuan antara Southampton dengan Watford berakhir dengan keputusan seri dan pada awalnya, ia kelihatan seperti sejarah akan berulang lagi dalam perlawanan kali ini.

Ismael Kone hampir memecah kebuntuan bagi Watford pada separuh masa pertama apabila serangan kilat merobek pertahanan Southampton tetapi rembatannya melencong setelah terkena paha pemain pihak lawan dan terkena palang.

Mara mencipta peluang terbaik bagi Southampton dalam separuh masa pertama apabila hantarannya menepati Adams namun penjaga gol Watford, Daniel Bachmann, berjaya menyekat dan menyelamatkan rembatan penyerang itu.

Pengurus Southampton, Russell Martin, menjelaskan: “Kami mempunyai banyak perlawanan dari sekarang dan (perlawanan menentang Liverpool) jadi ia bukanlah tumpuan mendesak buat sementara waktu tetapi saya gembira untuk pemain kerana mereka telah memperoleh peluang dengan prestasi sangat meyakinkan menerusi aksi dalam separuh masa kedua.

“Ujian terbesar bagi kami ialah bertandang ke tempat lawan dan menjadi pasukan yang kami inginkan. Kami tidak akan mengubah apa-apa. Ia adalah cabaran yang hebat.

“Saya tidak begitu minati prestasi pada separuh masa pertama... saya tidak akan meminta maaf kerana pihak lawan bermain dengan begitu baik (bagi tempoh itu), tetapi kami tidak mempunyai intensiti dan tahap agresif, ia bukanlah cara kami (seperti biasa).

“Pada separuh masa kedua prestasi pemain kami sangat mengagumkan dan kami tidak meminta mereka untuk lakukan perkara teknikal atau taktikal, tetapi ia adalah dari segi mentaliti.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >