Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kerjaya jurulatih paling singkat di Real Madrid?

Jan 14, 2026 | 5:30 AM
Real Madrid, singkat, jurulatih
Antonioa Camacho hanya bertahan sebagai ketua jurulatih selama 22 hari pada 1998. - Foto EUROPA LEAGUE

Xabi Alonso memimpin Real Madrid sebagai ketua jurulatih selama tujuh bulan, tetapi ia bukan tempoh khidmat paling singkat bagi seorang jurulatih di kelab itu.

Rekod kerjaya paling singkat di Real dimiliki Antonio Camacho yang hanya bertahan sebagai ketua jurulatih selama 22 hari pada 1998.

Pasukannya tidak beraksi dalam sebarang perlawanan dalam tempoh itu. Camacho meletak jawatan selepas perselisihan pendapat dengan pemimpin di kelab itu.

Malangnya beliau tidak ‘serik’ dan kembali ke Madrid sebagai jurulatih enam tahun selepas itu, bagi menggantikan Carlos Queiroz yang dipecat.

Namun tempoh kerjayanya di Real kali ini bertahan sekadar enam perlawanan sahaja.

Selain itu, ada beberapa jurulatih lain yang meninggalkan Real tanpa dibenarkan masa secukupnya untuk meraih kejayaan.

Pada musim 2008/09, Juande Ramos dipecat selepas 27 hari. Selanjutnya, Rafael Benitez memimpin Real dalam 25 perlawanan pada musim 2015/16.

Julen Lopetegui pula menguruskan 14 perlawanan sebelum dipecat oleh presiden Florentino Perez.

Penggantinya, Santiago Solari turut dipecat selepas 32 perlawanan. Beliau kini menjadi antara pengarah di kelab tersebut. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg